PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Selepas dikenali ramai sebagai Raja Report Malaysia dan seterusnya menjadi selebriti apabila muncul menerusi program Super Spontan All Stars, Ogos lalu, kini Abdul Rani Kulup Abdullah mahu mencuba nasib dalam bidang politik.

Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah (MJMM) itu menyatakan hasrat untuk bertanding sebagai calon Bebas di kawasan Parlimen Gombak pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang.

Abdul Rani yang popular dengan tagline ‘kipidap’ berkata,  hasrat tersebut didorong permintaan peminatnya yang mencecah enam juta  di seluruh negara, selain minatnya yang mendalam dalam politik lapor Mstar.

Beraninya Rani Kulop nak lawan Azmin Ali

“Pada mulanya peminat mengesyorkan Ayah untuk bertanding pada PRU-14 ini. Jadi Ayah ingat main-main, rupa-rupanya mereka troll.

“Jadi bila fikir balik, dah ada orang suka apa salahnya Ayah cuba nasib. Lagipun tagline Kipidap sudah jadi fenomena di luar sana,” katanya yang mesra dengan panggilan Ayah.

Ketika ditanya tidakkah beliau gentar untuk mencuba nasib di kerusi yang disandang Ahli Parlimennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Abdul Rani berkata, sesiapa sahaja berhak untuk bertanding.

“Ayah bukan nak berebut dengan Azmin.  Ada sokongan, jadi Ayah akan teruskanlah. Tak kisah Gombak kerusi siapa, Ayah nak cuba.

“Tapi itu cerita bila Parlimen dah bubar. Kalah pun tak apa, menang pun tak apa. Ayah tak kisah, janji berjuang untuk agama, bangsa dan negara, ” katanya kepada mStar Online.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sempena Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2015 di sini, Sabtu.

Kehadiran Abdul Rani menarik perhatian pengunjung yang berada di PWTC pada Sabtu.

Beliau tidak putus-putus diajak bergambar oleh pengunjung yang juga peminatnya.

Raja Report Malaysia itu menegaskan sekiranya beliau bertanding ia akan memberi pilihan kepada pengundi yang sudah muak dengan pembangkang mahu kerajaan sedia ada.

“Ayah tidak lawan Pakatan Harapan, Ayah tak lawan Barisan Nasional tapi sendiri-sendiri. Siapa yang tak suka kedua-dua parti itu bolehlah pilih Ayah nanti. Jadi Ayah akan buat persiapan dari sekarang,” katanya.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.