PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Lima suspek di Sibu dan Kuching ditahan untuk membantu siasatan berhubung sebuah rakaman video tiga lelaki membelasah dua lelaki di sebuah pusat beli-belah di Kuching menjadi viral di Facebook, sejak Isnin lalu.

Siasatan mula dijalankan ke atas rakaman video itu, apabila seorang mangsa berusia 19 tahun membuat laporan polis, Selasa lalu lapor The Rakyat Post.

Bapa mengganas belasah remaja yang membuli anaknya

Difahamkan, dua mangsa itu telah membuli anak perempuan salah seorang suspek, pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Roslan Bek Ahmad berkata, bapa gadis itu terbang dari Sibu untuk mencari pembuli anaknya, namun keadaan menjadi tidak terkawal.

“Mangsa-mangsa itu mengalami lebam dan luka akibat dibelasah dan telah dibawa ke Hospital Besar Sarawak bagi mendapatkan rawatan pesakit luar,” kata Roslan.

Isnin lalu, polis Sibu menahan seorang lelaki berusia 45 tahun brsama isterinya berumur 50 tahun dan anak perempuan mereka berusia 18 tahun di rumah mereka, pada jam 8 malam.

Manakala polis di Kuching pula memberkas dua lelaki berusia 43 dan 46 tahun, selepas merekodkan kenyataan mereka di Balai Polis Simpang Tiga.

Semua suspek direman untuk siasatan lanjut dan kes itu diklasifikasikan sebagai rusuhan.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara dua tahun, didenda atau kedua-duanya sekali.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.