PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Jerawat adalah masalah kulit yang selalu serang golongan wanita, tambah pula waktu ‘datang bulan’. Apa yang paling tak best, mata kalau dah nampak sebiji jerawat pun tangan terus gatal nak picit.

Tapi sayangnya, kalau anda salah teknik picit, jerawat yang muncul akhirnya jadi melecet atau makin teruk. Jadi untuk elak kulit wajah berparut, anda boleh ikut langkah ini…

Cara picit jerawat tanpa tinggalkan parut

Langkah Picit Jerawat Tanpa Tinggalkan Parut

1. Cuci tangan dan terus cuci wajah dengan air bersih menggunakan pencuci wajah. Ini bagi menghilangkan semua bakteria dan kuman yang melekat di tangan.

2. Sediakan lilin dan juga jarum.

3. Nyalakan lilin dan panaskan hujung jarum dengan api lilin. Ini untuk memastikan jarum benar-benar bersih.

4. Ambil kapas alkohol dan sapu jerawat dengan kapas ini bagi lebih bersih.

5. Kemudian cucuk perlahan-lahan jerawat dengan jarum bersih.

6. Biarkan jerawat keluar dari kulit.

7. Ambil kapas yang bersih dan bersihkan wajah.

8. Ambil ubat jerawat lalu sapukan di bekas jerawat yang sudah dibersihkan.

9. Cuci wajah dan tepuk-tepuk dengan tuala kering. Siap!

Sangat mudah bukan, wanita? Cara ini akan menghilangkan jerawat dari kulit wajah dan anda boleh tampil lebih yakin. Selamat mencuba!

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.