PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Unit Anti Maksiat, Perjudian dan Gangsterisme (D7) Ibu Pejabat Polis (IPK) Sabah menghadapi hukuman penjara berjumlah 100 tahun dengan 15 sebatan kerana merogol dan meliwat seorang gadis berusia 13 tahun.

Deputi Supritendan Rohaizat Abd Ani, 56, bapa kepada dua anak, didapati bersalah atas empat pertuduhan rogol dan satu liwat antara Februari dan Mei 2012 lapor Mstar.

Rogol dan liwat gadis 13 tahun, bekas anggota polis berdepan hukuman penjara 100 tahun dan 15 sebatan
Bekas Ketua Unit Anti Maksiat, Perjudian dan Gangsterisme IPK Sabah hadapi hukuman penjara 100 tahun dan 15 sebatan kerana merogol dan meliwat gadis 13 tahun

Hakim Mahkamah Sesyen, Ainul Shahrin Mohamad memerintahkan hukuman maksimum 20 tahun penjara bagi setiap pertuduhan.

Rohaizat didapati bersalah atas tuduhan merogol dan meliwat mangsa antara pukul 4.30 petang dan 5.30 petang di sebuah bilik di Hotel Tang Dynasty di sini pada 1 Februari 2012.

Pada keesokan harinya, dia kemudian merogol semula gadis tersebut antara pukul 12.30 tengah hari dan 1.30 petang di bilik lain hotel yang sama.

Berita selanjutnya menyusul.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.