PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]


Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor difitnah mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada 10 Disember lalu sempena Perhimpunan Agung UMNO.

Sekeping gambar yang menunjukkan Rosmah seolah-olah sedang mempengerusikan mesyuarat telah dimuatnaik oleh Sarawak Report lapor Free Malaysia Today.

Kisah sebenar Rosmah Mansor mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO
Beliau dituduh mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO di PWTC.

Pegawai Khas Rosmah, Datuk Rizal Mansor menafikan laporan Sarawak Report itu dan menjelaskan gambar berkenaan diambil ketika Rosmah menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Kelab UMNO.

“Untuk kawan-kawan yang suka mencari kebenaran saya nak jelaskan tentang gambar tersebut..
“Tepat jam 4 petang 10 Disember 2015 bertempat di Bilik Kuala Lumpur, Aras 5, PWTC, DS Rosmah telah hadir Majlis Ramah Mesra bersama Kelab UMNO,” jelasnya di Facebook.

Rizal berkata, beliau tidak pelik kerana Sarawak Report sering berbohong dan memfitnah.

“Yang saya pelik kalau dia (SR) lapor berita benar,” katanya.

Rizal berkata, gambar itu turut disebarkan menerusi aplikasi WhatsApps dengan pelbagai tuduhan dan versi.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.