PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

“Kulit aku gelap, nampak tua dan berbelang! Stressnya!”

Ini antara masalah yang selalu dihadapi oleh wanita bertudung. Kadang-kala wajah mereka nampak lebih tua dari usia.

Kulit gelap mampu diatasi, tetapi bagaimana pula dengan penuaan dan garis halus? Ramai wanita yang tidak sedar bahawa seawal usia 25 tahun akan terjadinya penuaan.

7 tips penjagaan kulit untuk wanita berhijab

Ada beberapa perkara penting tentang penjagaan kulit yang selalu diabaikan oleh wanita bertudung. Sebelum masalah kulit jadi lebih teruk, ketahui perkara tersebut dan cuba elakkan!

Menerusi Hanasuva.com, kami kongsikan 7 perkara yang wanita bertudung selalu abaikan mengenai penjagaan kulit.

1. Kurang minum air

Bertudung tapi kulit gelap berbelang? Baca ini.

Air sangat penting kalau nak kulit yang cantik. Cuba bandingkan kulit anda dengan mereka yang minum banyak air kosong. Amalkan 8 gelas sehari untuk dapatkan kulit cantik macam Uqasha Senrose!

2. Cara pemakanan tidak sihat

Bertudung tapi kulit gelap berbelang? Baca ini.

Percaya tak, kulit anda menunjukkan cara pemakanan anda. Nak kulit yang cantik, amalkan pemakanan yang sihat seperti makan buah-buahan dan sayur-sayuran.

3. Tidur tanpa bersihkan wajah

Bertudung tapi kulit gelap berbelang? Baca ini.

Wanita bertudung mudah berpeluh. Kadang-kadang kita rasa letih sangat, sampai terus tidur tanpa bersihkan wajah. JANGAN biarkan wajah dengan mekap, bakteria akan membiak dan akhirnya timbul jerawat.

4. Kerap pakai tudung yang sama

Bertudung tapi kulit gelap berbelang? Baca ini.

Masalah wanita bertudung, kalau dah suka satu tudung, tudung tu je la diaorang akan pakai. Tapi, kalau dah pakai berulang–ulang dan tak basuh, mesti peluh banyak melekat dan beri masalah pada kulit.

5. Terdedah lama di bawah cahaya matahari

Bertudung tapi kulit gelap berbelang? Baca ini.

Bagi wanita bertudung, terdedah di bawah cahaya matahari tidak menjadi masalah. Tetapi, bagaimana dengan wajah anda? Jika terlalu lama terdedah, kulit akan jadi gelap dan berbelang. Buruknya!

6. Tidak memakai perlindungan SPF

Bertudung tapi kulit gelap berbelang? Baca ini.

Ini perkara yang wanita sering abaikan. Bagi wanita bertudung, wajah merupakan subjek utama. Kalau kulit tidak cantik, habisla! SPF juga sangat penting untuk elakkan penuaan dan kedutan.

7. Pengambilan gula berlebihan

Bertudung tapi kulit gelap berbelang? Baca ini.

Gula memang tidak baik untuk kesihatan dan juga kulit. Ambil terlalu banyak gula akan menyebabkan glikasi, dimana ia mampu mempengaruhi sel-sel kulit dan terjadinya penuaan. 

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.