PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Berikutkan menjadi viral di laman sosial sekeping gambar yang menunjukkan resit sebuah gerai makanan terapung yang didakwa mengenakan harga tidak munasabah kepada pelanggan, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada), Tan Sri Khalid Ramli tampil menjawab persoalan tersebut.

Menurut Khalid, pelanggan boleh membuat anggaran harga kerana sebelum itu harga makan yang akan dipesan sudah pun di pamerkan di dalam menu.

Jawapan Buat Cikgu yang Terkejut Resit Makan Tengah Hari RM1,131 di Langkawi

“Ini kerana harga ikan kerapu harimau segar memang mahal di Langkawi, namun pemilik restoran boleh mengenakan harga yang munasabah,” katanya dipetik laporan Bernama.

Beliau berkata demikian bagi mengulas sebuah posting di laman Facebook oleh seorang pengunjung dari Perak yang mendakwa beliau dicaj bayaran tidak munasabah semasa makan makanan laut di sebuah restoran.

Berdasarkan posting beliau harga yang dikenakan kepadanya adalah RM1,131 untuk 19 orang makan yang berupa 4.6 kilogram ikan Kerapu Harimau, Udang, Sotong dan air dalam kuantiti yang agak banyak.

“Pihaknya kami sentiasa peka dengan rungutan kos barangan dan perkhidmatan tinggi di pulau ini akan memastikan pengunjung mendapat perkhidmatan setimpal dengan bayaran yang mereka keluarkan.”

Beliau meminta supaya pengunjung juga perlu memahami kos yang terpaksa ditanggung oleh penyedia perkhidmatan.

“Ia mempunyai kaitan dengan penawaran dan permintaan, namun kita tidak mahu harga (barangan dan perkhidmatan) dinaikkan secara melampau ketika ramai orang berkunjung ke Langkawi,” katanya.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.