PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Kelab bola sepak Jerman, Borussia Dortmund mengambil kesempatan bertafakur selama seminit pada Sabtu sebagai memberikan penghormatan susulan kemangkatan Tunku Laksamana Johor, Almarhum Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim.

“Pasukan Borussia Dortmund mengucapkan takziah kepada Duli Yang Amat Mulia (Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim) atas kamangkatan adinda tersayang,” kata pasukan itu di laman Facebook mereka sejurus sebelum perlawanan bertemu kelab Wolfsburg dalam saingan Bundesliga. lapor Astro Awani.

Kelab bola sepak Jerman bertafakur untuk Tunku Jalil
Kelab Jerman Borussia Dortmund bertafakur seminit untuk Tunku Abdul Jalil

Borussia Dortmund dan Johor Southern Tigers bekerjasama untuk membangun dan melatih bakat-bakat baharu dikalangan kanak-kanak dan golongan belia Malaysia.

Anakanda keempat Sultan Johor, Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibni Sultan Ibrahim Ismail mangkat pada jam 7.11 malam Sabtu di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.

Tunku Abdul Jalil mangkat pada usia 25 tahun akibat kanser hati.

Almarhum disemadikan di sebelah kanan makam nendanya Almarhum Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail yang mangkat pada 22 Jan 2010, atas permintaan Tunku Abdul Jalil sebelum ini.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.