PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Tindakan Rita Rudaini memuat naik gambarnya berserta kapsyen Cinta Tanpa diundang menerusi Instagram miliknya, memberikan gambaran seolah-olah empunya diri sedang dilamun cinta.

Malah rata-rata pengikutnya, berkongsi kegembiraan serta mendoakan terbaik untuknya lapor Sinar Harian.

Benarkah Rita Rudaini jatuh cinta?

Lebih ketara apabila, ahli keluarganya sendiri yang dikenali sebagai Cik Ala, turut memberi komen yang mengesahkan lagi pelakon jelita itu sedang jatuh cinta.

“Makan tak lalu, mandi tak basah, tidur tak lena adik kami ni. Nampaknya hati sedang berbunga-bunga.” Demikian komen ahli keluarganya itu.

Ketika diminta mengulas mengenai perkara tersebut, Rita berkata, buat masa sekarang dia masih belum sedia untuk  berkongsi mengenai perkara itu. Bagaimanapun, ibu kepada dua anak ini sedia berkongsinya apabila tiba masa sesuai nanti. “Insya-ALLAH nanti sampai masa, saya akan cakap,” katanya ringkas kepada Zass.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.