PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Ibu ini adalah wanita bekerjaya. Dia bekerja untuk membantu ekonomi keluarganya. Saban hari menaiki pengangkutan awam dan mengusung beg ‘peralatan perang; untuk memberikan titisan emas kepada anaknya. 

Ibu ini membawa kerusi kecil saban hari kerana seringkali tiada tempat duduk untuk dirinya. Ibu ini keluar rumah awal setiap hari untuk menaiki pengangkutan awam. Ibu ini sampai ke rumah hampir jam 9 malam. Kadang kala lebih lewat. 

Bagaimana Lagi Nak Berjimat?

Ibu ini telah berusaha untuk berjimat sebaik mungkin untuk menyahut seruan kerajaan seperti: 

1. Naik pengangkutan awam jika tidak mampu menaiki kereta sendiri.

2. Keluar awal dari rumah untuk ke tempat kerja jika tidak mahu terperangkap dalam kesesakan jalan raya.

Tetapi seawal mana yang dia mampu? Mustahil nak menghantar anak pada pengasuh seawal jam 4 pagi. Pengasuh juga manusia, perlukan rehat dan jika hantar lebih masa juga perlu dicaj bayaran tambahan. Jadi bagaimana lagi dia harus berjimat?

Ibu ini memerah susu untuk anak kerana susu ibu adalah yang terbaik untuk anak. Dia juga berusaha kerana faham kos sara hidup yang semakin meningkat.

Ibu ini memakaikan anaknya Cloth Diaper kerana ingin menyahut seruan Go Green, jangan mencemarkan alam sekitar juga kerana disposable diaper akan meningkatkan perbelanjaannya.

Semalam, harga tiket pengangkutan LRT/KTM dinaikkan. Sebelum ini dia memerlukan RM112 untuk pas bulanannya. Tetapi hari ini dia memerlukan RM192 untuk perjalanannya. Bagaimana lagi ibu ini harus berjimat? Bagaimana? Bagaimana? 

Tanam sayur sudah, bawa bekal sudah, naik pengangkutan awam sudah. Ibu ini perlu bekerja, adakah ibu-ibu perlu berhenti kerja?

Saya mengenali wanita ini dan telah meminta izin darinya menggunakan gambar ini. – Afiqqah Sani. 

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.