PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Bekas atase pertahanan Muhammad Rizalman Ismail yang menghadapi pertuduhan serangan seksual ke atas seorang wanita di New Zealand memberitahu Mahkamah Tinggi Wellington bahawa mengikut budaya di Malaysia bahawa apabila wanita tersenyum, ia adalah jemputan kepada lelaki untuk mengikuti mereka.

Rizalman berkata demikian ketika menjawab soalan daripada pendakwa raya Grant Burston yang menyoal dia mengikuti mangsanya Tania Billingsley pulang ke rumah.

Menurut akhbar NZ Herald, Rizalman dalam keterangannya berkata dia ‘mendapat isyarat’ dari Billingsley yang melemparkan senyuman ke arahnya.

Kenyataan Pelik Rizalman Mengenai Budaya di Malaysia

“Bukan dari kata-kata tetapi dari gayanya dan cara dia senyum dan cara dia berkelakuan.

“Mengikut budaya di Malaysia, jika seorang wanita senyum pada seorang lelaki, ini dianggap mereka gembira dan mahu mengenali orang itu,” katanya.

Burston kemudian bertanya Rizalman jika senyuman wanita adalah jemputan untuk mengikuti mereka pulang.

“Ia adalah jemputan untuk kita mengikutinya, namun ini tidak semestinya bermakna kita pergi ke rumah mereka,” katanya.

Menurut laporan oleh pihak pendakwaan, Rizalman membeli nanas dan kerepek di sebuah pasar raya tempatan di Wellington pada jam 5:31 petang manakala Billingsley pula membeli-belah di kedai yang sama 18 minit kemudian pada 8 Mei tahun lalu lapor Malaysiakini.

Di Malaysia, senyuman adalah isyarat untuk kita ikut kata Rizalman

Burston: Awak merenung mangsa ketika dia membeli-belah?

Rizalman: Saya tidak pasti.

Burston: Dia dakwa awak merenungnya ketika dia keluar.

Rizalman: Apabila dia berjalan di hadapan saya, saya pasti dia memberikan saya isyarat mata.

Burston: Dia sifatkan awak sebagai agak menyeramkan?

Rizalman: Saya tidak pasti.

Di Malaysia, senyuman adalah isyarat untuk kita ikut kata Rizalman

Laporan itu kemudian berkata Rizalman yang mengikuti Billingsley ke rumah memberitahu mahkamah bahawa dia menunggu di luar rumah untuk masa yang agak lama kerana wanita itu telah menutup pintu dan dia menjangkakan akan dijemput masuk.

Rizalman mendakwa dia menanggalkan seluar dan seluar dalamnya sebab mahu segera membuang air besar dan bukan kerana mahu melakukan hubungan seks dengan Billingsley.

Bogel dari paras pinggang

Rizalman mendakwa dia kemudiannya menuju ke rumah Billingsley melalui pintu yang tertutup tetapi tidak berkunci dan ‘membersihkan’ dirinya.

Menurut laporan itu, ringkasan pendakwaan berhubung kejadian itu berkata Rizalman seterusnya menanggalkan seluar dan seluar dalamnya serta memasuki rumah wanita itu. Dia kemudian membuka jaket semasa berada di dapur.

Rizalman seterusnya mengetuk pintu bilik tidur ketika Billingsley sedang menonton filem di komputer ribanya dan bertanya sama ada jika dia boleh masuk.

“Dari katilnya, mangsa melihat tertuduh berdiri di laluan ke bilik tidurnya dengan hanya berbaju tetapi bogel dari paras pinggang.

“Billingsley bangun dan mula menjerit dan menjerit meminta Rizalman untuk keluar. Dia mendekati beliau, lalu bahunya dan pasangan itu bergelut.

“Billingsley bangkit dan berjaya menolak Rizalman keluar dari bilik itu. Selepas menghalaunya dari rumahnya, wanita itu mengunci pintu dan berlari ke bilik air untuk memanggil polis,” kata laporan itu.

Pada malam itu, laporan itu menambah, Rizalman menerima 132 panggilan tidak dijawab dari telefon bimbit isterinya.

Pendengaran ini bukan untuk menentukan sama ada Rizalman bersalah atau tidak kerana dia sudah mengaku bersalah atas kesalahan serangan sumbang.

Dia bagaimanapun mempertikaikan sebahagian fakta-fakta kes dan pendengaran itu juga bertujuan menentukan versi mana yang akan diterima oleh mahkamah.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.