PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Lima individu dan suami isteri dicekup oleh Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman berikutan disyaki terbabit menghasilkan cecair vape daripada daun ganja.

Semua suspek warga temparan, termasuk tiga wanita itu berusia antara 26 dan 29 tahun ditahan dalam tiga serbuan berasingan di sekitar Banting, Kelana Jaya dan Ampang, kelmarin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata polis merampas 214 botol cecair disyaki mengandungi ganja lapor Harian Metro.

Vape perisa ganja dirampas?

“Setiap botol mengandungi 15 mililiter yang dijual dengan harga RM80 sebotol dan cecair ini juga digunakan untuk menghasilkan biskut dan kek ganja yang dijual melalui dalam talian.

“Sindiket yang dipercayai giat aktif sejak Ogos lalu, turut menyimpan ceraian daun kering seberat 7.1 kilogram yang disyaki ganja di sebuah kondominium di Ampang,” katanya ketika sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Dicekup kerana hasilkan cecair vape perisa ganja?

Berikutan itu, semua suspek yang ditahan direman sehingga 14 Disember ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Hari ini, muka depan Harian Metro mendedahkan kejayaan polis memberkas suami isteri yang dikatakan menghasilkan pekatan cecair daun ganja berbekalkan ilmu yang diperoleh daripada Internet.

Suspek yang disoal siasat mengakui memasak daun ganja untuk dijadikan cecair vape.

(Baca: PDRM dihentam teruk kerana rampasan cecair vape perisa ganja)

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.