PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Mengakui selesa dan bahagia dengan hidup sendiri, Siti Nordiana menjelaskan bahawa belum bersedia untuk menerima lamaran daripada mana-mana lelaki walaupun ada yang cuba mengusiknya mengenai perkara tersebut.

Jawapan Siti Nordiana sekiranya dilamar lelaki
Siti Nordiana Belum Terbuka Hati Untuk Berkahwin Lagi

“Kalau benar ada orang yang mahu melamar saya, buat masa sekarang saya tak akan terima kerana mahu memberi tumpuan kepada kerjaya nyanyian dan anak. Saya belum bersedia untuk bergelar isteri semula, malah saya selesa dengan kehidupan sekarang,” kata Siti Nordiana Alias, 31 atau Nana mengulas khabar angin dirisik seorang ustaz lapor Harian Metro.

Jelas Nana, dia ada terdengar daripada kawan-kawan ada ustaz mahu melamarnya tetapi menganggap itu semua hanya gurauan.

Dilamar lelaki? Ini jawapan Siti Nordiana
Nana bahagia hidup sendiri sambil besarkan anak tunggal.

“Setakat ini saya bahagia hidup sendiri sambil membesarkan anak tunggal saya, Mohd Rayyan Nakhaie yang kini berusia tujuh tahun.

“Sejak kembali solo enam tahun lalu, belum terbuka hati untuk berkahwin lagi. Kawan-kawan memang suka mengusik dan saya tak ambil serius pun,” katanya.

Menerusi program Gegar Vaganza musim kedua yang bakal melabuhkan tirai pada 13 Disember ini, Nana membuktikan dia bukanlah ‘penyanyi kampung’ seperti yang dilabel beberapa pihak.

Sepanjang lapan minggu berentap, anak jati Negeri Sembilan itu membuka mata orang ramai bahawa dia penyanyi serba boleh.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.