PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Filem Dilwale lakonan pasangan ideal Bollywood, Shah Rukh Khan dan Kajol berjaya meraih kutipan sebanyak RM64 juta di seluruh dunia selepas tiga hari ditayangkan.

Diarahkan oleh Rohit Shetty, filem ini berjaya mengatasi Bajirao Mastani yang turut menemui peminat pada hari yang sama Dilwale ditayangkan lapor Astro Gempak.

Sambutan luar biasa filem Dilwale
Baru tiga hari tayangan, Dilwale raih kutipan luar biasa

Dilwale berjaya memperolehi RM14 juta di hari pertama tayangan dan kutipan sebanyak RM13 juta masuk hari kedua. Lebih mengejutkan, kutipan tertinggi dicatatkan pada hari ketiga dengan jumlah RM16 juta hanya di India sahaja.

Sementara kutipan di luar negara, Dilwale berjaya mengutip hampir RM36.5 juta diseluruh dunia dan bakal meningkat dalam masa seminggu tayangan.

Peminat pastinya merindui gandingan semula Shah Rukh Khan dan Kajol selepas kali terakhir mereka bersama menerusi filem ‘My Name Is Khan’ lima tahun yang lalu.

Kejayaan Dilwale juga turut dibantu dengan strategi pemasaran selain kesediaan Shah Rukh Khan yang turut serta ‘turun padang’ mempromosikan filem ini di setiap negeri dalam India.

Malah tidak terlepas di beberapa buah negara yang menjadi tumpuan peminat filem-filem Bollywood seperti United Kingdom dan Emiriah Arab Bersatu.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.