PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Kuala Lumpur – Penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza melahirkan rasa terharu ketika membaca semula perbualan terakhirnya bersama Almarhum Tunku Abdul Jalil rabu lalu.

Siti melalui laman Instagram sebentar tadi berkata kenangan bersama anakanda Sultan Johor itu akan sentiasa disimpan dalam ingatannya.

Siti Nurhaliza Kongsi Doa Terakhir Tunku Jalil Buat Dirinya

“Rabu lalu dan terakhir Jumaat lalu ..kata2 semangatnya akan saya simpan kemas dalam ingatan dan bila teringat saya akan baca semula perbualan kami & video yg saya rakam.. #Tjdalamkenangan #Muliahatinya #Rajaberjiwarakyat #kehilangan” tulis Siti sambil memaparkan paparan skrin perbualan tersebut,

Terdahulu Siti yang merupakan teman rapat kepada Almarhum Tunku Abdul Jalil turut menyifatkan baginda sebagai seorang putera raja yang berjiwa rakyat lapor SuaraTv.

“Saya kehilangan seorang teman, sahabat, teman bergurau senda dan pemberi semangat tiap kali saya dalam kesedihan,” ujar Siti yang masih bersedih dengan berita pemergian itu.

Penyanyi itu yang baru keguguran pada Khamis minggu lalu turut memohon maaf kerana tidak dapat menziarahi buat kali terakhir jenazah sahabatnya itu.

Doa Terakhir Tunku Jalil Buat Siti Nurhaliza Sebak

“Lil, maafkan Mak Iti kerana tidak dapat menziarahi Lil buat kali terakhir, namun Lil sentiasa dalam doa Mak Iti. Al-Fatihah.” ujarnya di laman sosial Instagram miliknya awal pagi ini.

Kali terakhir penyanyi itu menziarahi Tunku Jalil di hospital adalah pada dua minggu yang lalu.

Pertemuan itu turut dikongsi Siti menerusi akaun Instagramnya.

Anakanda keempat Sultan Johor, Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibni Sultan Ibrahim Ismail mangkat pada jam 7.11 malam Sabtu di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.

Tunku Abdul Jalil mangkat pada usia 25 tahun akibat kanser hati.

Selain Siti, rakyat dan pemimpin negara turut mengucapkan takziah atas pemergian yang disifatkan terlalu awal itu.

(Baca: FaizDickie Kesal Tak Sempat Jumpa Tunku Jalil Buat Kali Terakhir)

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.