PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Calon Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Isnin lalu menggesa larangan terhadap penganut Islam daripada masuk ke Amerika Syarikat dalam respon yang paling dramatik oleh calon dari parti Republikan itu susulan kejadian tembakan minggu lalu oleh dua penganut Islam, yang disifatkan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) sebagai tindakan radikal.

“Kita tiada pilihan,” kata Trump dalam satu perhimpunan di Carolina Selatan, sambil memberi amaran bahawa lebih banyak serangan seperti insiden 11 September akan berlaku, tindakan tegas tidak dikenakan.

Kenyataan Trump yang `mencegah kemasukan pendatang Islam’ dikritik hebat pelbagai pihak termasuk White House, pesaing bagi penamaan calon Presiden Republikan 2016, Hillary Clinton dan bekas Naib Presiden Republikan, Dick Cheney, yang menyifatkan idea itu sebagai `bertentangan sebagai pendirian dan kepercayaan’ mereka lapor The Rakyat Post.

Desakan Donald Trump larang penganut Islam masuk AS

“Donald Trump tak waras. Cadangan `polisinya’ tidak serius,” calon Republikan, Jeb Bush berkata dalam tweet beliau.

Reaksi media sosial lain yang mengetuai kempen hashtags seperti #racism, #fascism and #bigot menjadi trend hebat.

Reaksi tidak memberangsangkan juga diberikan Gabenor Ohio, John Kasich; Senator Lindsey Graham dari Carolina Selatan; Gabenor New Jersey, Chris Christie dan Senator Marco Rubio dari Florida.

Trump, pemaju jutawan yang juga bekas bintang realiti televisyen, seringkali menggunakan dakwaan perkauman yang retorik, menggesa supaya melarang sepenuhnya penganut Islam masuk ke Amerika Syarikat `sehingga wakil negara dapat mengenal pasti apa sebenarnya yang berlaku.’

“Sehingga kami dapat menentukan dan memahami masalah ini dan bahawa ancaman yang dikenakan, negara kami tidak boleh menjadi mangsa serangan dahsyat oleh mereka yang hanya percaya kepada Jihad dan tidak langsung menghormati nyawa manusia,” kata Trump.

Pengurus kempen Trump, Corey Lewandowski, yang ditanya dalam satu emel samada larangan itu terpakai secara khususu kepada imigresen atau lebih meluas kepada visa pelajar, pelancong dan pengembara lain ke Amerika Syarikat, beliau menjawab: “Semua orang.”

Di Mount Pleasant, Carolina Selatan, Trump menolak kritikannya. Beliau berkata dalam satu perhimpunan bahawa masjid-masjid di Amerika Syarikat juga seharusnya diteliti.

“Kita perlu melihat apa yang berlaku,” katanya.

Trump bertindak lebih jauh berbanding calon Republikan lain, yang meminta menggesa supaya rancangan Barack Obama untuk membawa masuk 10,000 pelarian Syria, akibat peperangan di negara mereka dan militan Negara Islam (IS), ke Amerika Syarikat, digantung.

Kenyataan Trump itu susulan pembunuhan beramai-ramai di San Bernardino, California, minggu lalu oleh pasangan Islam. Suaminya, Syed Rizwan Farook, kelahiran Amerika Syarikat manakala isterinya, Tashfeen Malik, kelahiran Pakistan dan masuk ke Amerika Syarikat dari Arab Saudi.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.