PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Dua adik beradik lelaki berusia dua tahun dan lima tahun maut dipercayai disembelih ibu sendiri di kediaman mereka di Taman Wira Indah, Sungai Petani, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, kanak-kanak lelaki terbabit ditemui di dalam dua bilik tidur mereka dalam keadaan berlumuran selepas dipercayai disembelih ibu mereka dengan pisau memetik Harian Metro.

Ibu sembelih dua anak sendiri di Sungai Petani
Dua beradik dua dan lima tahun disembelih ibu sendiri di Sungai Petani

Jurucakap polis berkata, ahli keluarga lain yang menyedari kejadian itu kemudian menghubungi pihak polis.

Dua beradik disembelih ibu sendiri di Sungai Petani

“Polis yang datang tidak lama kemudian menahan suspek dan membawanya ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda untuk tindakan selanjutnya.

“Pasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah kini sedang menjalankan pemeriksaan ke atas mangsa,” katanya.

(Terkini: Gambar 2 beradik dipercayai disembelih ibu kandung tersebar)

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.