PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Penampilan julung-julung kali pelakon Nur Fazura Sharifuddin bertudung mendapat reaksi positif peminatnya di media sosial.

Fazura, 32, memuat naik beberapa keping gambarnya di Instagram mengenakan jubah biru dan bertudung sewaktu mempromosikan produk butiknya di Brunei kelmarin lapor Malay Mail.

Peminat teruja melihat Fazura bertudung

“Masya Allah cantik kalau Fazura pakai hijab,” kata Irfahanny, pengikutnya yang terawal mengulas gambar itu.

Anwarri pula berkata: “Bolehkah awak terus memakai hijab? Awak kelihatan comel dan berseri-seri memakai hijab.”

Mengulas di gambar sama, pengikut pelakon filem “Gol dan Gincu” yang menggelarkan dirinya Ryko Deh mencoret: “Masya Allah lawanya Fazura bertudung, sejuk mata memandang.”

Pemilik butik House of Doll mempromosikan hijab di ekspo tiga hari fesyen muslimah Festival Barakah yang berakhir hari ini di Bandar Sri Begawan.

Festival itu turut menampilkan produk artis Malaysia lain seperti Mermaid Luxe oleh pelakon Liyana Jasmay dan Sharabangsar oleh Puteri Sarah Liyana.


Biarpun ramai pengikut penyanyi “Sayangi Dirimu” mengagumi penampilan baru Fazura, namun tidak kurang yang memberikan komen sinis.

“Hmm, macam cikgu sudah,” kata pengikutnya yang bernama Aizatmail.

Marghzul pula berkata: “Sudah pakai itu, jangan buka semula.”

Begitu juga komen CC Deejah: “[Teruskan] pakai sajalah, bukan panas pun Cik Fazura, oi.”

Akaun Instagram Fazura, seorang juri program TV popular Maharaja Lawak Mega 2014, diikuti 1.7 juta peminat.

Beliau muncul dalam filem terbaru Indonesia “Bulan Terbelah di Langit Amerika” dan menyampaikan lagu runut bunyinya.

Filem itu diangkat daripada novel terlaris 2014 dengan judul yang sama.

Nur Atiqah Annuar, wanita yang menulis #kimK sehingga tercetus kontroversi, memasang impian melihat pelakon filem “Pisau Cukur” sebagai duta koleksi tudungnya.



Atiqah, 26, yang dikenali melalui nama akaunnya Vii Narza sangat meminati Fazura dan berharap dapat bekerjasama dengan selebriti pujaannya suatu hari nanti.

“Kalau ditakdirkan saya berjaya dan dapat buka butik sendiri, kenapa tidak kalau saya ambil Fazura jadi duta saya?

“Apa salahnya sebab semua orang hendak jadi macam Fazura, dia sangat cantik.

“Saya memang tidak ada masalah, sebab saya memang peminat dia dan jujur saya impikan dia dapat pakai tudung rekaan saya.

“Kalaulah betul dia pakai, saya sangat gembira sebab kita [bersama Fazura] dapat bekerjasama dengan baik,” kata peniaga tudung itu kepada ProjekMMO, Khamis lalu.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.