PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Pelakon dan penyanyi, Fazura menafikan dakwaan  kononnya dia akan mengadakan pertemuan empat mata dengan pemilik akaun Instagram @vii.narza pada Jumaat ini.

Dipetik menerusi Astro Awani, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin menjelaskan dia kini berada di Singapura.

Isu 'Kimk', Fazura Nafi Adakan Pertemuan

Sejak beberapa hari yang lalu, perkataan #KimK  menjadi viral di media sosial gara-gara tindakan Fazura mengkritik secara terbuka  komen @vii.narza hanya kerana tersalah sangka dengan maksud yang ingin disampaikan.

Tindakan anak seni kelahiran Pekan, Pahang itu telah mengundang kritikan pengguna media sosial hingga menjadi topik perbualan utama di laman sosial Twitter hingga ke hari ini.

Malah ada di kalangan pengguna media sosial menyarankan supaya Fazura memohon maaf kepada peminat tersebut susulan tindakannya yang memalukan peminat itu di khalayak ramai.

Lebih mengejutkan, kontroversi tersebut turut menarik perhatian budayawan Profesor Dr Siti Zainon Ismail yang menyifatkan isu seperti ini akan menjadi besar jika ada kekeliruan akibat salah tafsir sehingga menimbulkan persepsi negatif terutamanya di media sosial.

“Penggunaan medium media sosial dalam menegur atau memuji boleh menjadi salah faham jika ia tidak dilakukan dengan penuh kesopanan.

“Jangan perli dengan kasar, kita jangan mengusik orang dengan tulisan yang boleh menjadikan salah faham. Paling mudah jika ada pujian atau teguran, sampaikan mesej itu secara peribadi sahaja,” katanya ketika dihubungi Astro Awani.

Terdahalu,  sumber terdekat dengan pelakon popular itu melaporkan  pertemuan itu diadakan adalah untuk menjernihkan keadaan atas kontroversi yang berlaku pada Rabu.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.