PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

SEREMBAN - Seorang pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban, di sini, semalam, atas tuduhan merogol remaja berusia 15 tahun yang baru seminggu dikenali melalui aplikasi WhatsApp.

Zainal Abidin Ibrahim, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan berkenaan dan minta dibicarakan.

Tertuduh didakwa berbuat demikian di sebuah rumah di Kampung Fajar Harapan, Bongek, Rembau, pada 5 Disember lalu, sekitar jam 3.15 pagi.

Diperkosa oleh kenalan WhatsApp
Tertuduh mengelak wajahnya dirakam media semasa dibawa keluar dari Kompleks Mahkamah Seremban, semalam.

Mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, tertuduh bakal berdepan hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun, selain boleh dikenakan sebat jika terbukti bersalah.

Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya, Samihah Rhazali tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh kerana mengambil kira tahap keseriusan kes itu yang melibatkan pelajar sekolah.

Kewujudan unsur paksaan terhadap mangsa untuk melakukan hubungan seks turut menjadi pertimbangan pihak pendakwaan.

Hakim Fathiyah Idris kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dan kes akan disebut semula pada 12 Januari tahun depan bagi lantikan peguam.

Sebagai syarat tambahan, tertuduh tidak dibenarkan mendekati mangsa dan perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan mengikut masa ditetapkan.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.