PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Siapa tak sentap bila orang yang usia sebaya panggil kita makcik? Sedangkan anda tak ada la tua mana.

Sebab apa ya? Kalau situasi seperti ini selalu berlaku, mungkin dah tiba masanya untuk ubah cara pemakaian anda kerana itulah puncanya!

Menerusi hanasuva.com, kami kongsikan kepada anda 5 fesyen yang anda gayakan tapi nampak macam makcik-makcik.

Gadis gayakan fesyen ini, tapi nampak berusia macam makcik

1. Serba hitam

Pakaian serba hitam buatkan diri nampak kurus tapi sebenarnya warna ini juga buat wajah nampak kusam dan tua. Jadi gabungkan hitam dengan warna lain. Sebagai contoh pakai tudung warna biru ke, seluar coklat atau putih.

2. Silap pilih bra

Pemilihan bra yang salah buatkan payu dara nampak melendut macam orang tua. Ada juga yang buat ia terlebih menonjol. Pilih yang betul-betul sesuai, jangan segan dapatkan pandangan atau nasihat daripada jurujual.

3. Baju turtlenecks

Memang jarang yang pakai tapi bila duduk di pejabat yang sejuk ada juga yang suka pakai baju tutup leher. Sebenarnya baju ini buatkan leher anda tenggelam. Kalau anda pendek lagi tak kena.

4. Pakai baju besar

Kononnya cara ini dapat sorok tubuh yang gemuk. Tapi sebenarnya anda akan nampak lebih gemuk. Pilih baju yang sederhana tidak terlalu besar dan tidak terlalu ketat.

5. Sama warna dengan aksesori

Zaman pakai kasut dengan beg sama warna dah tak sesuai dan ketinggalan zaman. Pilih warna berbeza atau colour block kerana dengan cara ini anda nampak lebih ceria dan muda.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.