PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

PEMINAT setia kumpulan lawak Jambu pasti mengetahui perkhabaran bahawa Tauke sudah pun bertunang dengan pilihan hatinya yang dikenali sebagai Nadia, minggu lalu.

Jika diikutkan perancangan, Tauke telah meminta arwah Pak Yus untuk menjadi pengapit pada majlis perkahwinannya kelak.

Hajat Tauke jadikan arwah Yus Jambu pengapit tidak kesampaian

Namun suratan takdir menentukan, Pak Yus terlebih dahulu dipanggil menghadap Ilahi pada 30 November lalu.

“Saya terkilan apabila hajat untuk lihat Allahyarham Pak Yus jadi pengapit di majlis perkahwinan nanti tidak kesampaian. Memang saya ada beritahu dia mengenai perkara ini beberapa bulan yang lalu.
“Tapi Allah SWT lebih sayangkan dia dan saya redha dengan pemergiannya,” kata pelawak berusia 39 tahun ini kepada Astro Gempak.

Mengikut perancangan, Tauke akan bertunang selama setahun sebelum melangsungkan perkahwinan Disember tahun hadapan, selepas hampir empat tahun bercinta dengan gadis kelahiran Dungun, Terengganu itu.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.