PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Berapa pekerjaan yang anda akan lakukan sebagai kaedah menangani isu kenaikan kos sara hidup kini?

Adakah anda akan mengikut saranan timbalan menteri Datuk Ahmad Maslan yang mencadangkan rakyat membuat dua pekerjaan, dan mengaku beliau sendiri mempunyai tiga pekerjaan?

Namun berbeza pula dengan selebriti, Harith Iskander, yang menjelaskan walaupun beliau merupakan seorang pelawak, pengacara, penulis, pelakon, pengarah, jurulatih — itu bukanlah berkmakna beliau mempunyai enam pekerjaan lapor Malay Mail.

Ahmad Maslan disekolahkan Harith Iskander tentang beza kerja dan jawatan

“Ini bermakna saya lakukan enam perkara yang berbeza. Dalam konteks seorang kakitangan kerajaan anda boleh mengatakan saya melakukan enam tugas kerja yang berbeza,” katanya di laman Facebook rasminya tengah hari tadi.

“Kerja ialah sesuatu yang anda lakukan setiap hari sepanjang hari. Jadi kepada mereka yang mempunyai DUA pekerjaan, anda akan bekerja 2 x 8 [dua kerja bagi setiap lapan jam].

“Bermakna anda bekerja untuk 16 jam. Setiap hari,” tambah pelakon filem “Sepet” itu.

Harith Iskander sindir kenyataan Ahmad Maslan

Rata-rata pengguna media sosial menyokong kenyataan Harith Iskander. Malah ada yang menyindir saranan yang dikeluarkan Ahmad sebelum ini.

“Segalanya telah berubah. Masyarakat menilai pelawak itu bercakap tentang hal yang serius, dan ahli politik pula yang mengeluarkan jenaka,” tulis pengguna Roc Morovliz memetik ayat lagenda seorang pelawak, Will Rogers.

Pagi tadi, Ahmad Maslan dalam kenyataannya di akaun Twitter beliau berkata, mempunyai dua pekerjaan adalah sesuatu yang sudah menjadi kelazimannya, khususnya bagi negara-negara maju.

Katanya, mempunyai dua pekerjaan boleh membantu rakyat bergelut dengan bebanan kos hidup yang semakin bertambah kini.

Harith Iskander sindir kenyataan Ahmad Maslan

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.