PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Kakitangan Hospital Damai Services Sdn Bhd di Melawati gempar apabila pintu utama disimbah cat putih oleh dua individu yang tidak dikenali, awal pagi tadi.

Perkara tersebut disahkan Pengurus Kewangan dan Sumber Manusia hospital terbabit, Regina Sundram memaklumkan kejadian tersebut dilakukan dua individu yang menunggang sebuah motosikal.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, dua lelaki dipercayai melemparkan dua bungkus cat putih di dua pintu masuk iaitu di lobi dan pintu kecemasan bangunan tersebut.

Regina berkata, kejadian berlaku pantas iaitu kurang dari satu minit sebelum kakitangan menyelamatkan diri.

Hospital pecat jururawat kerana menutup aurat disimbah cat

“Rakaman dari kamera litar tertutup gagal mengenal pasti nombor pendaftaran motosikal yang digunakan suspek,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.

Susulan kejadian itu, satu laporan dibuat di Balai Polis Taman Melawati oleh pengawal keselamatan hospital.

Difahamkan, kejadian tersebut ada kaitan dengan laporan seorang jururawat, Naziah Sauni Mamat yang dibuang kerja kerana berpakaian menutup aurat semasa bertugas di hospital tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairuldin Saad ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, dua lelaki dipercayai melemparkan dua bungkus cat putih di dua pintu masuk iaitu di lobi dan pintu kecemasan bangunan tersebut. 

Beliau berkata, polis akan menjalankan pemeriksaan melalui rakaman kamera litar tertutup di kawasan hospital bagi mengenal pasti suspek.

“Suspek memakai topi keledar tertutup ketika kejadian dan sukar untuk membuat pengecaman.

“Siasatan lanjut akan dijalankan dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat,” katanya.

Beliau turut meminta supaya orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi bahawa insiden menyimbah cat itu ada kaitan dengan seorang jururawat diberhentikan kerja baru-baru ini.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.