PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Pemergian Tungku Abdul Jalil Sultan ibrahim nampaknya begitu dirasai oleh ramai orang terutamanya mereka yang pernah bertemu atau bersua dengan baginda.

Ini terbukti apabila pemergia Almarhum Tunku Jalil begitu dirasai oleh seorang warga emas yang merupakan ibu kepada seorang anggota polis yang terkorban dalam tragedi berdarah di Lahad Datu, Allahyarham Sarjan Abdul Azis Sarikon pada Mac, 2013 lalu.

Matrah Salim, 96, ibu kepada Allahyarham Abdul Aziz berkata, sebaik Tunku Jalil mengetahui anaknya terkorban semasa bertugas di Sabah hari itu, Almarhum terus menghubunginya sekeluarga dan menyatakan hasrat untuk bertemu lapor Siakap Keli.

“Almarhum Tunku Jalil datang jumpa dan minta makcik redha”

Beliau semasa ditemui wartawan mengimbas kembali saat dikunjungi Almarhum Tunku Abdul Jalil di kediamannya di Kampung Punggor Darat, Rengit, Matrah masih ingat Almarhum memujuk dan memberi kata- kata semangat kepadanya yang pada masa itu begitu sedih atas pemergian anaknya.

“Almarhum pujuk makcik supaya reda dengan setiap ketentuan ALLAH.

“Almarhum sempat kata yang rakan karibnya, Allahyarham Koperal Mohd Azrul Tukiran turut terkorban dalam tragedi sama.

“Pujuknya lagi pemergian wira negara itu sesuatu yang cukup membanggakan kerana mempertahankan negara,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Hospital Pakar Putra, di sini, semalam.

Matrah berkata, dia tidak menyangka selepas beberapa tahun, Almarhum pula dijemput Ilahi.

“ALLAH cukup menyayangi orang yang baik-baik,” katanya dalam nada sebak.

Sementara itu, turut menceritakan kenangan bersama Tunku Jalil, abang Allahyarham Abdul Aziz, Suradi Sarikon, 60, di mana katanya ketika menziarahi mereka sekeluarga, Almarhum Tunku Abdul Jalil sempat mengetuai bacaan tahlil serta Surah Yasin untuk Allahyarham adiknya.

“Almarhum berkunjung kira-kira sejam dan sempat bermesra dengan kami, seolah-olah kami ini sekeluarga, sedangkan itu kali pertama kami bertemu.

“Kami sekeluarga bangga mempunyai kerabat Diraja yang berjiwa rakyat,” katanya.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.