PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Seniman tanah air Tan Sri Dr Jins Shamsuddin berada dalam keadaan sihat namun sifatnya seperti kanak-kanak berusia enam tahun.

Isteri beliau, Puan Sri Halijah Abdullah, 54, berkata, sifat kanak-kanak suaminya itu bagaimanapun tidak menyusahkan keluarga sebaliknya keadaan berkenaan kadang-kala menggeletek hati mereka.

”Doktor kata umur suami macam budak enam tahun. Saya melayan dia macam saya membesarkan anak-anak saya. Tapi saya tak kisah, kami sekeluarga sudah faham,” katanya kepada mStar Online.

Jins Shamsuddin kini berperangai seperti kanak-kanak

Halijah  ditemui di rumahnya di Kampung Pasir, Hulu Klang di sini pada Jumaat ketika menerima kunjungan ahli dan anggota jawatankuasa Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM).

Terdahulu satu berita palsu kononnya Jins, 80, meninggal dunia menjadi viral di laman-laman sosial selepas disebarkan pihak tidak bertanggungjawab.

Halijah berkata, suaminya ketika ini tidak banyak bercakap seballiknya akan menyebut beberapa perkataan tertentu terutamanya terima kasih.

Isteri dedah Jins Shamsuddin kini seperti kanak-kanak

Katanya sikap kebudak-budakan suaminya itu kadang-kadang melucukan dan Jins sering kali mengaku tidak pernah berkahwin apabila ditanya siapakah isterinya.

“Bila kita tanya mana isteri, dia jawab; saya tak ada isteri. Bila tanya mana anak, dia jawab; saya tak kahwin… mana ada anak,” kata Halijah menceritakan gelagat suaminya itu.

Ujar Halijah lagi, tidak sukar menjaga suaminya kerana Jins tidak pernah meragam sebaliknya kurang keupayaan untuk berkomunikasi.

Katanya, sejak kebelakangan ini kesihatan Jins semakin merosot malah beliau  tidak mampu membaca dengan baik dan tidak lagi mengenali diri sendiri jika menonton filem-filem yang pernah beliau lakonkan.

Namun apabila ditanya apakah namanya, beliau menjawab; ‘Tan Sri Jins Shamsuddin.’

Mengenai tabiat lain suaminya itu kata Halijah, Jins sentaiasa tersenyum selain akan berkata “terima kasih” setiap kali selesai sesuatu perkara.

Bagaimanapun katanya, doktor sudah bepesan kesihatan Jins akan menunjukkan kemerosotan sesuai dengan peningkatan usianya namun setakat ini beliau tidak mengalami apa-apa penyakit lain.

Sementara itu Halijah berkata, kos ubat-ubatan dan keperluan lain bagi menjaga Jins menggunakan semua wang pencen senator suaminya itu.

Dalam perkembangan sama Halijah melahirkan rasa kesal dengan penyebaran mesej kematian suaminya itu kerana ia menyusahkan banyak pihak khususnya orang ramai yang mengambil berat terhadap Jins.

“Selepas berita itu tersebar, saya dan anak-anak mendapat banyak panggilan telefon. Kebetulan pula kami dalam perjalanan dari Temerloh ke Kuala Lumpur. Saya kasihankan orang ramai yang datang ke rumah saya kerana mereka menyangkakan berita itu benar,” katanya.

Terdahulu, Jins disahkan menghidap sejenis penyakit Alzheimer sejak 2011.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.