PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

GAMBAR sensasi menunjukkan Presiden Indonesia, Joko Widodo duduk bersebelahan dengan seorang pelakon republik itu, Nikita Mirzani yang dikaitkan dengan skandal pelacuran kelas atasan menarik perhatian ramai selepas ia tersebar meluas di laman sosial, baru-baru ini.

Gambar tersebut mula mencuri tumpuan khalayak ramai selepas seorang pengguna Twitter dengan nama @ypaonganan memuat naik foto itu di dalam entrinya pada 12 Disember lalu bersama kapysen yang berbaur lucah.

Pengguna Twitter tersebut yang merujuk Joko atau Jokowi sebagai panggilan “papa” menulis kapysen , antaranya #PapaMintaPaha dan #PapaDoyanLonte (Papa suka pelacur).

Isu Jokowi layan pelacur

Menurut pegawai polis Indonesia seperti dilapor portal berita Detiknews.com, gambar tersebut dimuat naik lebih 200 kali oleh individu terbabit sejak 12 hingga 14 Disember lalu.

Gambar kontroversi itu dikatakan melanggar Undang-Undang Informasi dan Transaksi Elektronik dan Undang-Undang Pornografi.

Berikutan itu, pemilik akaun terbabit yang dikenali sebagai Yulius Paonganan semalam dilaporkan telah ditahan Agensi Siasatan Jenayah Polis untuk disoal siasat kerana memuat naik gambar yang berunsur lucah.

Bagaimanapun, Detiknews.com melaporkan, gambar tersebut sebenarnya diambil semasa Jokowi menghadiri tayangan sebuah filem arahan Guntur Soeharjanto bertajuk “Brandal Brandal Ciliwung” di Epicentrum, Jakarta Selatan pada Ogos 2012 bersama anak-anak yatim.

Nikita, 29 bersama bekas finalis Ratu Indonesia tahun lepas Puty Revita Sari, 23 ditahan pihak berkuasa Indonesia di sebuah hotel lima bintang di Jakarta pada Khamis.

Berdasarkan laporan media sebelum ini, Nikita didakwa sedang bersiap-siap untuk melayani seorang pelanggan sebelum dia ditangkap. Namun, Nikita tampil menyangkal dakwaan bahawa dia terlibat dalam kegiatan pelacuran.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.