PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Nabil Dah Minta Maaf, Jamal Abdillah Tetap Poyo dan Berlagak. Itulah anggapan segelintir peminat yang menyaksikan Final Gegar Vaganza 2.

Gegar Vaganza 2 telah tamat pada malam tadi dengan menyaksikan Siti Nordiana dinobatkan sebagai juara musim ini. Siti Nordiana telah membawa pulang RM100,000, pakej percutian ke Madrid, Spain dan juga trofi. Di tempat kedua ialah Faradhiya. Di tempat ketiga Ezad Lazim, sementara Nassier Wahab di tempat keempat. Acong Sweetchild pula di tempat kelima sementara Haiza di tempat keenam.

Peminat Bengang Jamal Abdillah 'Over' di Final Gegar Vaganza 2

Namun, disebalik kemeriahan Final Gegar Vaganza 2 ini ada sedikit isu hangat diantara juri jemputan dan pengacara(Nabil Ahmad). Kedatangan Jamal Abdillah pada pentas akhir Gegar Vaganza 2 semalam telah membuatkan majlis menjadi spoil sedikit apabila Jamal mengkritik lawak yang dibuat oleh Nabil.

Semua orang tahu Nabil memang suka bergurau. Datuk Ramli sudah lali dengan gurauan Nabil. Tetapi yang menyedihkannya adalah, Jamal Abdillah tetap “sound” Nabil Ahmad walaupun Nabil telah meminta maaf sebelum Gegar Vaganza tamat.

“Malam ni Astro bayar saya bukan untuk jadi bahan lawak awak tau”. Kata Jamal Abdillah kepada Nabil. Akibat daripada kata-kata Jamal Abdillah itu ramai nitizen tidak senang dengan komen “deep” dari Jamal Abdillah itu.

Ini bukti di mana nitezen bersetuju yang Jamal Abdillah spoil malam Gegar Vaganza.

Jamal Abdillah Berlagak di Final Gegar Vaganza 2, Ini Komen Peminat

Jamal Abdillah Berlagak di Final Gegar Vaganza 2, Ini Komen Peminat

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.