PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Tahun ini Gegar Vaganza 2 bukan sahaja meletup-letup kerana mempunyai barisan artis yang mantap tetapi turut hangat dengan beberapa kontroversi mengenai juri jemputan mereka.

Kalau sebelum ini M.Nasir dan AC Mizal di kecam hebat kerana memberikan komen yang mengaibkan Sheeda, kali ini Jamal Abdillah pula menjadi kritikan orang ramai kerana telah memberikan “amaran” kepada Nabil dan Jihan untuk tidak menjadikannya bahan lawak mereka lapor Beautifulnara.

(Terkini: Jawapan Nabil Ahmad isu Jamal Abdillah terlalu serius dan tak bawa boleh bergurau)

Tak boleh terima lawak, Jamal Abdillah dikritik

Lebih membangkitkan rasa tidak puas hati ramai ialah ketika Nabil sudah meminta maaf jika ada terkasar bahasa sepanjang mengacarakan Gegar Vaganza 2, Jamal Abdillah masih lagi membalas ataupun “menghentam” agar pelawak tesebut lebih beradab selepas ini.

Jamal Abdillah dikritik hebat kerana tidak boleh terima lawak

Perkara itu nampaknya mendapat perhatian penonton Gegar Vaganza 2 yang rata-rata menganggap raja pop Malaysia itu sebagai seorang yang tidak “sporting”.

Ada juga yang membezakan Jamal dan Ramli MS yang selama ini sungguh tenang dan tidak marah setiap kali Nabil mengusik beliau.

Jamal Abdillah dikritik hebat kerana tidak boleh terima lawak

Kami pun tidak mahu cakap lebih, lain orang lain pendapatnya. Ada orang boleh relaks bila kita usik ataupun melawak dengan dia dan ada orang boleh sentap dibuatnya. Apa-apa pun, sekali sekala kalau “sporting” sikit tidak ada masalahnya. Apa pula pendapat anda?

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.