PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Sejak Isnin lalu, pendengar Sinar Pagi di Sinar FM  sudah tidak lagi mendengar keletah 3 orang penyampai iaitu Raja Azura yang popular dengan panggilan Kak Engku, Salih Yaacob dan Krill.

Sebaliknya Sinar Pagi telah diperkenalkan dengan 3 penyampai baru iaitu Sepahtu yang terdiri daripada Jep, Shuib dan Rahim bersama tagline baru ‘Menyinari Hidupmu’.

Perubahan drastik yang dilakukan itu amat mengejutkan pendengar radio tersebut yang mungkin sudah 9 tahun biasa mendengar keletah mereka lapor Murai.

Ganti Salih Yaakob dan Raja Azura dalam Sinar Pagi, ini penjelasan Jep Sepahtu
Sepahtu Tiada Niat Mahu Tutup Periuk Nasi KE, Salih Yaacob & Kril

Bagaimanapun Jep Sepatu yang ditemui menjelaskan tawaran untuk mengendalikan segmen itu diterima setelah pihak Sinar FM memberitahu mahu dia dan rakannya memberikan suntikan lebih segar kepada Sinar Pagi.

“Sebenarnya tawaran ni awalnya datang untuk saya seorang sahaja tapi saya yang beri syarat jika mahu, saya akan bawa sekali 2 rakan Sepahtu saya iaitu Shuib dan Rahim bersama untuk wujudkan chemistry.

“Mereka pun bersetuju kerana pemilihan kami bertujuan untuk memberi suntikan baru yang lebih segar kepada Sinar Pagi.

“Yelah, saya pun tidak mahu nanti timbul soal saya potong rezeki orang lain atau sebagainya,”katanya kepada murai.com.my

Bukan mudah untuk mengubah selera pendengar yang sudah sekian lama biasa dengan celoteh 3 pendengar sebelum ini, Shuib dan Rahim memberitahu ianya adalah perkara biasa dan mereka akan cuba sedaya upaya memberikan yang terbaik untuk Sinar Pagi.

“Sudah tentu orang akan sedikit janggal. Umpama kalau sudah 9 tahun sarapan dengan nasi lemak tiba-tiba dihidang dengan sandwich. Kami akui perkara itu kerana orang pasti akan membuat perbandingan.

“Tapi apa yang kami boleh janjikan, kami akan berikan yang terbaik dan cuba memuaskan hati pendengar hari demi hari,” ceritanya.

Segmen Sinar Pagi Jep, Shuib dan Rahim akan bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 6 hingga 10 pagi.

Selain itu, penyampai Salih Yaacob ketika sebelum ini mengemudikan segmen Sinar Pagi, bakal digandingkan dengan Feeya Iskandar (Cik Piah) bermula Januari 2016 nanti di segmen petang  bermula jam 3 petang hingga 7 malam.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.