PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Seorang wanita warga emas mendakwa terdengar jeritan ‘(militan) IS itu bagus’ dan ‘IS itu hebat’ dari jiran yang didakwa sedang bermesra, Ahad lepas.

NY Dailynews mengatakan wanita berumur 82 tahun berkenaan menelefon polis selepas terdengar ‘jeritan mengerikan’ dari kediaman jiran di kompleks apartmennya di Brown Deer lapor Sinar Harian.

Warga emas terkejut dengar jeritan ‘IS hebat!’

Ketua Polis Brown Deer, Michael Kass memberitahu, beliau menghantar seorang pegawai polis wanita untuk membantu warga emas terbabit.

Walau bagaimanapun, polis gagal memastikan sama ada terdapat ancaman pengganas IS di kompleks berkenaan, selain beranggapan ianya satu penipuan ‘prank’ oleh pihak lain.

“Warga emas tersebut juga kedengaran seperti keliru dan risau jika kami tidak mempercayainya,” kata Michael.

Michael bagaimanapun tetap menggalakan wanita tersebut supaya menelefon polis jika terdengar jeritan yang sama pada masa akan datang.

“Saya tetap mahukan orang ramai supaya melapor kepada kami jika terdapat ancaman penganas di tempat mereka,” jelas Michael.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.