PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

“Alhamdulillah, saya selamat dan tiada sebarang kecederaan dan terima kasih semua atas doa dan semoga ALLAH SWT merahmati kita sepanjang masa,” demikian ujar bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal.

Shafie dilaporkan jatuh ke laut selepas jeti yang dilalui bersama rombongan pengiring roboh dalam sebuah lawatan di sebuah pulau Jumaat lalu.

Beliau dalam pada itu turut mengucapkan penghargaan kepada yang mendoakan keselamatannya lapor Sinar Harian.

Detik Cemas Shafie Apdal terjatuh ke dalam laut
Shafie bersama rombongan pengiring terjatuh ke dalam laut selepas jeti yang dilalui runtuh di sebuah pulau pada Jumaat.

“Adalah menjadi kebiasaan apabila saya pulang ke kawasan untuk hadir ke program-program yang telah diatur, ramai yang mengiringi perjalanan saya. Kebetulan struktur jeti tersebut tidak berapa kukuh untuk menampung semua orang dalam satu-satu masa.

“Ada juga kata-kata yang kurang enak didengar dan ada juga yang mentertawakan di laman-laman sosial, tetapi saya anggap itu perkara biasa, lumrah dalam politik. Saya doakan agar mereka ini diampunkan dosa dan diberikan hidayah oleh ALLAH,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jeti roboh, Shafie Apdal terjunam ke dalam laut

Jumaat lalu, seorang pengguna maya memuat naik gambar insiden itu di Facebook dan menjadi viral.

Mengulas lanjut, Shafie menambah, adalah menjadi amalan bagi beliau untuk melawat kampung-kampung dan cuba membantu melengkapkan  keperluan penduduk.

Ini kerana katanya, masih banyak lagi keperluan orang-orang kampung di luar bandar memerlukan bantuan serta perhatian serius kerajaan.

“Sehingga ke saat ini pun, saya masih lagi dan akan terus melawat kampung-kampung terutama di kawasan Parlimen (Semporna) saya untuk terus mendengar, membantu dan menyelesaikan apa juga masalah yang dibangkitkan yang memerlukan perhatian serta tindakan segera,” katanya lagi.

Jeti roboh, Shafie Apdal terjunam ke dalam laut

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.