PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Pemansuhan Permit Import (AP) Terbuka bagi kenderaan terpakai yang dijadualkan Disember ini tidak hanya menjejaskan kalangan penggiat industri kereta berkenaan tetapi turut memberi kesan terhadap pendapatan negara, kata Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema).

Di bawah kajian semula Dasar Automotif Negara (NAP) pada 2010, sistem AP Terbuka untuk kenderaan terpakai (perdagangan, penumpang dan motosikal) akan ditamatkan pada Dis 31, 2015 dan import kenderaan terpakai tidak lagi dibenarkan selepas tarikh itu memetik Astro Awani.

Bumiputera akan hilang sumber pendapatan jika pemansuhan AP Terbuka diteruskan
Sehingga tahun lepas, ahli-ahli persatuan itu telah membayar sejumlah RM3 bilion yang meliputi cukai import dan eksais kepada kerajaan. 

Namun, sehingga kini tiada sebarang kata putus oleh kerajaan berhubung perkara ini.

Presiden Pekema, Datuk Zainuddin Abd Rahman berkata kalangan penggiat industri, khususnya bumiputera akan kehilangan sumber pendapatan jika pemansuhan AP itu diteruskan.

“Apabila ia dihapuskan, penggiat industri yang bergantung kepadanya akan hilang sumber pendapatan. Malah, isu ini tidak hanya melibatkan pengimport, malahan turut menjejaskan keseluruhan ekosistem termasuklah perniagaan bengkel kereta dan yang berkaitan,” katanya kepada media selepas Mesyuarat Agung Pekema Ke-34, di sini, hari ini.

Menurut Zainuddin, sehingga tahun lepas, ahli-ahli persatuan itu telah membayar sejumlah RM3 bilion yang meliputi cukai import dan eksais kepada kerajaan.

“Ini tidak termasuk cukai korporat dan cukai individu yang mungkin secara keseluruhannya mencecah sehingga RM5 bilion,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata pihak berkuasa masih mengekalkan dasar AP untuk kereta terpakai.

Malah, pemansuhan dasar tersebut masih dalam kajian.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.