PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam menggesa supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga merupakan Presiden UMNO supaya menjelaskan kedudukan kewangan parti berkenaan.

“Saya nak tahu adakah terdapat duit RM2.6 Bilion tersebut, kalau tidak ada, di mana wang tersebut,?” katanya ketika berucap di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru, di sini, malam tadi.

Tun Mahathir kata Tok Arab gila pun takkan bagi RM2.6 bilion

Beliau dalam pada itu, mempertikaikan jawapan yang diberikan sebelum ini yang mana mengatakan duit RM2.6 bilion tersebut adalah derma.

“Saya ingat kalau tok arab itu gila pun dia tidak akan bagi banyak itu,” kata sinis beliau yang mendapat sorakan dan tepukan hadirin.

Menurut Tun Maharthir lagi, beliau sebelum ini pernah menulis surat meminta ‘derma’ daripada negara arab untuk membina Universiti Islam Antarabangsa (UIA), namun negera arab tidak memberikan sebarang bantuan dana melainkan sedikit kitab.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.