PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

KOTA BHARU – Seorang remaja yang mengaku salah merogol sepupunya yang berusia lapan tahun, tiga tahun lalu, dikenakan perintah bon jaminan berkelakuan baik selama tiga tahun berjumlah RM3,000 oleh mahkamah sesyen, di sini, semalam.

Dalam perintah itu, Hakim, Mohd Yusoff Yunus turut mengarahkan remaja berusia 18 tahun berkenaan membayar pampasan RM8,000 kepada mangsa.

“Mahkamah meneliti fakta, laporan sosial dan keterangan impak bapa mangsa serta rayuan tertuduh dalam mengeluarkan perintah. Ia bukan sekadar perintah, malah bon boleh diganti dengan hukuman lain sekiranya tertuduh melakukan kesalahan dalam tempoh ditetapkan,” katanya.

Remaja rogol sepupu 8 tahun
Tertuduh (tengah) dibawa keluar dari mahkamah selepas perintah dikeluarkan hakim.

Tertuduh yang ketika itu berusia 15 tahun didakwa merogol mangsa berusia lapan tahun di rumah nenek mereka di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Manek Urai Lama, Kuala Krai, antara jam 9 dan 10.30 pagi, 15 November 2012. 

Kes terbabit sebelumnya melalui perbicaraan sehingga pesalah juvenil berkenaan mengaku melakukan perbuatan itu pada peringkat dipanggil untuk membela diri.

Terdahulu, bapa mangsa dalam keterangan impaknya memberitahu mereka sekeluarga mengalami tekanan psikologi akibat perbuatan jenayah tertuduh. 

“Ini berkenaan nasib anak saya. Tertuduh tinggal berjiran yang juga ahli keluarga terdekat. Kami adalah mangsa, tetapi kami pula dihina penduduk serta tidak dapat bergerak ke mana-mana kerana diganggu dan dimarahi orang kampung,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nurliyana Md Zukri yang mengendalikan kes itu mencadangkan tertuduh dihantar ke Henry Gurney dengan alasan jenayah yang dilakukan adalah kesalahan berat dan berlaku secara paksaan terhadap mangsa.

Peguam, Zameri Mat Nawang, bagaimanapun merayu anak guamnya itu diberi peluang memperbetulkan kesilapan dengan alasan kesalahan dilakukan ketika masih bawah umur.

“Setelah capai usia 18 tahun sudah menjadi kelewatan dan sekiranya pertuduhan diawalkan kes sepatutnya berjalan di Mahkamah Kanak-kanak juga bertujuan menjaga kebajikan kanak-kanak itu sendiri,” katanya.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.