PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

LONDON – BRITAIN . “You ain’t no Muslim, bruv! (Kau bukan orang Islam, bro!),” kata seorang saksi kepada penyerang dalam satu kejadian serangan di sebuah stesen tren, Sabtu lepas.

Kata-kata saksi tersebut berjaya dirakam oleh perakam amatur yang turut berjaya merakam penyerang, Muhaydin Mire, 29 ditahan polis selepas menikam dua orang awam.

Menurut laporan CNN, serangan tanpa motif tersebut menyebabkan seorang mangsa cedera parah dan seorang cedera ringan akibat ditikam.

Lelaki Mengganas tikam dua orang di stesen tren

Pengerusi polis cawangan anti-pengganas, Komander Richard Walton menyifatkan kejadian tersebut sebagai serangan pengganas.

“Berdasarkan maklumat diperolehi dari saksi dan siasatan awal, kami mengklasifikasikan kejadian Sabtu lepas sebagai serangan pengganas,” kata Richard kepada CNN.

Kata Richard, sebuah rumah juga diserbu petang semalam dalam usaha mencari bahan bukti yang mampu membantu siasatan kejadian serangan tersebut.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.