PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun terpaksa menahan sakit hampir sejam apabila dawai besi pagar yang berkarat tersusuk dan tersangkut di kelopak mata kanannya di Taman Bahagia, Tanjung Rambutan, di sini, petang kelmarin.

Budak menderita dawai besi tertusuk dan tersangkut di kelopak mata
DAWAI besi yang tertusuk kelopak mata kanan Wan NurQaleesya. Gambar kanan, Raja Khatijah menunjukkan pagar dawai yang dipanjat oleh cucunya.

Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, Wan NurQaleesya Abdullah dikatakan memanjat pagar berdawai di belakang rumah gara-gara cuba mengambil selipar adiknya yang dicampakkan ke luar pagar sebelum dawai tertusuk pada mata kanannya sehingga menjadi bengkak dan berdarah lapor Harian Metro.

Nenek mangsa, Raja Khatijah Raja Tan, 59, berkata, ketika kejadian dia bersama seorang lagi cucu berusia tiga tahun dan dua anak jiran yang diasuh di ruang tamu, terkejut apabila mendengar Wan NurQaleesya menjerit sambil menangis di belakang rumah.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.