PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Sepotong kek perkahwinan diraja diantara Puteri Diana dan Putera Charles yang disimpan 34 tahun lalu akan dijual pada harga bermula £2,600 (RM12,243) dalam satu lelongan.

Kek buah yang berbalut kemas di dalam sebuah kotak masih kekal elok dan boleh dimakan kerana kandungan alkohol yang tinggi digunakan bagi mengekalkan kesegaran kek berkenaan.

Potongan kek berkenaan akan dilelong dengan harga bermula £2,600 (RM12, 243) dalam sesi bidaan di Nate D. Sanders lapor Sinar Harian.

Lelongan sepotong kek kahwin Puteri Diana

Jurucakap rumah bidaan, Sam Heller berkata, perkahwinan pasangan diraja di antara Puteri Diana dan Putera Charles telah menarik perhatian dunia samada melalui televisyen, akhbar mahupun majalah.

“Malah sehingga hari ini, ramai yang masih tidak dapat melupakan mendiang Puteri Diana,’ katanya dipetik Mirror.uk

Tambah Sam lagi, potongan kek tersebut masih kekal utuh dan boleh dimakan kerana menggunakan alkohol yang tinggi.

“Pengumpul akan membayar lebih untuk memilik secebis sejarah dari perkhawinan paling popular diabad ke 20,” katanya lagi.

Sesi bidaan akan diadakan di Los Angeles, Amerika Syarikat pada Khamis.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.