PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Pelakon terkenal, Izreen Azminda dan Sherry Ibrahim terlibat dalam satu kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan dekat Perak, awal pagi tadi.

Kejadian itu dimaklumkan Izreen di laman Instagramnya dan memberitahu mereka berdua selamat.

“Alhamdulillah, kami semua okay,” tulisnya lapor Sinar Harian.

Izreen Azminda dan Sherry Ibrahim ditimpa kemalangan
Gambar yang dimutnaik Izreen di Instagram miliknya.

Difahamkan, kenderaan yang dinaiki pelakon ini terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

Pelakon Sherry Ibrahim juga turut memuatnaik gambar kenderaan yang mereka naiki di laman Instagram miliknya.

Rata-rata peminat menzahirkan rasa syukur kerana mereka berdua tidak mengalami apa-apa kecederaan serius.

“Alhamdulillah, syukur nasib baik tidak jadi apa-apa,” tulis Zulayhashaaril.

“Teruk juga tu kereta sampai ternaik macam tu… tapi Alhamdulillah semuanya ok… kalau mengantuk berhentilah dulu dekat mana-mana stesen minyak @sherryibrahim…,” tulis ila_adila.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.