PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Setelah pemergian Pak Yus, satu persatu kisah betapa baik hatinya keluar. Disamping melawak dan sibuk dengan aktiviti harian, Pak Yus juga tidak lupa kepada mereka yang memerlukan.

Terbaharu, seorang wanita yang juga kenalan Pak Yus tampil mendedahkan bagaimana beliau dibantu oleh Pak Yus.

Baiknya Hati Yus Jambu

Kisah Ini dipetik menerusi Shahriza Mahmud, kenalan Pak Yus di laman Facebook miliknya.

Banyak sungguh berita sedih bertimpa2... Riza terkedu bila hubby Saddiq Raffali beritahu berita pemergian Allahyarham Pak Yuih.. Lama terdiam dan mamai. Riza mengenali beliau lama sebelum dia masuk bertanding Raja Lawak. Kami pernah sepentas di Perlis. Riza happy berlakon bersama beliau & Che Mat Rajalawak yg sgt sporting. Lama sebelum itu, mereka pernah berlakon drama di bwh arahan abg Ahmad Ibrahim, Sepi Angin Ke Kota London. Riza sebagai Penolong Pengarah di kala itu.

Beberapa tahun kemudian, Riza teruja sgt apabila mendapat tahu Pak Yus terpilih masuk bertanding Raja Lawak. Riza usahakan utk turun beri support. Walaupun selepas kejayaan beliau, kami hanya berhubung melalui panggilan telefon, sms & kemudiannya whatsapp, terkadang ada rezeki kami bertemu di majlis & acara pentas di mana2.

Sekadar berkongsi kebaikan beliau..... Sewaktu Riza memerlukan job lakonan yg tidak menentu pd tahun lepas, Riza hantar Whatsapp kpd rakan2 artis & production manager serta pengarah. Dari beratus yg Riza tanya khabar seandainya ada watak yg sesuai , hanya dua tiga rakan yg respon. Selalunya begitulah... Yg dua tiga org reply InsyaAllah sahaja tetapi tiba2 Yus reply cara lain.

Walaupun dia tak sempat menunaikan niatnya membantu, yg penting keikhlasannya. Riza tahu dia terlalu sibuk dgn show2nya yg tidak berkesudahan. Riza pun tak kisah... Alhamdulillah dia masih menghargai sebuah persahabatan.

Moga Pak Yuih tenang & bahagia di sisinya. Amin...

Al Fatihah...

Shahriza Mahmud

**Status ini Riza tulis tanpa mengetahui bahawa ramai rakan dan kenalan aruah yg juga bercerita tentang kebaikan yg sama. Riza sengaja tidak mahu melihat gambar2 serta kisah2 yg ditulis kerana perlu kuat dlm byk perkara. MasyaAllah, byknya budi & amal yg ditinggalkan aruah. Alhamdulillah...

Keperibadian Mulia Pak Yus Akhirnya didedah

(Baca: Abang Pak Yus Dedah Hajatnya Untuk Mendirikan Rumahtangga)

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.