PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Konsert kemuncak Gegar Vaganza 2015 kini sudah berada di penghujung rancangan pada Ahad 13 Disember 2015 bertempat di Auditorium MBSA Shah Alam.

Seramai enam finalis antaranya adalah FaraDhiya, Acong SweetChild, Nassier Wahab, Ezad Lazim, Siti NorDiana dan Haiza berentap untuk merebut gelaran Juara Gegar Vaganza musim 2015.

Siaran secara langsung Konsert Akhir Gegar Vaganza turut disiarkan menerusi Astro Ria bermula pada jam 9.00 Malam.

Senarai Rasmi Pemenang Gegar Vaganza 2015 Akhir

Keputusan Rasmi Juara Gegar Vaganza 2015 Akhir

Juara: Siti Nordiana (Wang Tunai RM100,000 + Trofi + Tiket Percutian Madrid + Album Single Baru)

Naib Juara: Faradhiya (Wang Tunai RM 50,000 + Trofi + Tiket Percutian Beijing)

Tempat Ketiga: Ezad Lazim (Wang Tunai RM30,000 + Trofi)

Tempat Ke Empat: Nassier Wahab (Wang Tunai RM15,000 + Trofi)

Tempat Kelima: Acong SweetChild (Wang Tunai RM10,000 + Trofi)

Tempat Ke Enam: Haiza (Wang Tunai RM5,000 + Trofi)

Persembahan Terbaik Pilihan Penonton: Siti Nordiana (Wang Tunai RM5,000)

Keputusan Penuh: Tahniah diucapkan kepada Siti NorDiana kerana telah dinobatkan sebagai Juara Gegar Vaganza musim 2015. Selaku Juara, Siti Nordiana membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000 beserta trofi, pakej percutian ke Madrid Sepanyol serta rakaman album single terbaru tajaan Astro.

Selain itu, Siti NorDiana turut membawa pulang wang tunai RM5,000 kerana menang anugerah Persembahan Terbaik Pilihan Penonton.

(Baca: Apa finalis Gegar Vaganza 2 buat dengan duit kemenangan jika juara)

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.