PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Siapa tengok Juara Parodi malam semalam yang buat ‘Tribute’ untuk mengenang lagenda pelawak yang meninggalkan kita baru-baru ni, Pak Yus. Kami tengok kawan-kawan seperjuangan menangis pun naik sebak kami dibuatnya.

Walaupun kami tak pernah berjumpa secara personal, tapi kami dapat rasakan kehilangan Pak Yus. Tapi bila kami baca kuliah yang disampaikan di kuliah maghrib mengenai arwah, baru lah kami faham kenapa satu Malaysia turut sedih dengan pemergian Pak Yus..

Kisah ini dipetik menerusi Facebook Mahathir Alkhobiri.

Kisah pengajaran dan iktibar Yus Jambu dalam kuliah maghrib

‘Jadi iktibar..’

Lepas maghrib tadi, diri ini menyampaikan kuliyah maghrib…. Mulanya nak sampaikan tentang sunnah ketika ada kematian… Namun, dari awal sampai akhir, aku hanya dapat mampu melazkan kata-kata iktibar yang perlu kita ambil dari kisah kematian seorang pemuda yang telah kehilangan ibu dan ayahnya dan telah banyak menghiburkan kita serta membuatkan kita tersenyum dan hilang stress tatkala menonton telatahnya.

Dia bukan ustaz, dia pelawak tetapi…

Kisah Pak Yus Dimuatkan Dalam Kuliah Maghrib

Dalam kuliyah tersebut, aku katakan ;

Ya benar, dia bukan yang dikenali sebagai ustaz, dia hanya pelawak, tapi perasankah tuan-tuan, tatkala dia telah meninggal dunia, Allah memuliakan dia dengan cara Allah membuka semua kisah-kisah kebaikannya ketika dia di dunia, barulah kita tahu yang beliau ini orang yang rajin bersedekah dan menginfaqkan hartanya untuk kebaikan ummat, barulah kita tahu yang beliau ini hidupnya diuji dengan pelbagai ujian keimanan, dia ini kehilangan ibu dan ayah, dia dikatakan dipinggirkan keluarga, berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari nafqah, banyak membantu orang lain yang lebih memerlukan, dan kita dapat tahu kebaikan yang dia lakukan dan ujian yang dia hadapi dengan penuh kesabaran tatkala beliau telah meninggal dunia, dan dia di alam sana, dia tak tahu pun yang sekarang ini kita sedang menceritakan tentang kebaikan dan amal solehnya.

‘Hebat insan yang bernama Pak Yus ni..’

Kisah Pak Yus Dimuatkan Dalam Kuliah Maghrib

Aku katakan lagi dalam kuliyah maghrib tadi:

Bila Pak Yus dah mati, Allah muliakan dia, Allah buka semua kisah kebaikannya dan sekarang ini barulah kita dapat tahu kebaikannya itu. Semasa beliau hidup, sekalipun beliau pelawak, kita tidak pernah dengar dia menceritakan keburukan orang lain, kita tidak pernah dengar apa-apa yang negatif dari mulutnya terhadap orang lain, kita tak pernah nampak dia menjatuhkan orang lain. Yang kita tahu setelah kematiannya adalah semua cerita-cerita yang amat baik dan meberi keinsafan kepada kita. Akhirnya kita tahu bahawa Pak Yus adalah seorang yang BENAR-BENAR IKHLAS DALAM AMALANNYA SERTA MEMILIKI SIFAT TAWADHU’ YANG AMAT TINGGI. Hebat insan yang bernama Yusri Bin Edoo a.k.a Pak Yus, Pak Yuih.

‘Beliau lebih mulia daripada sebahagian orang berstatus agama’

Kisah Pak Yus Dimuatkan Dalam Kuliah Maghrib

Aku katakan lagi :

Ya benar, beliau hanyalah pelawak, tapi beliau lebih mulia daripada sebahagian orang berstatus agama yang menjual agama untuk kepentingan diri. Pak Yus juga hamba Allah yang akan dihisab oleh Allah nanti. Sekalipun beliau hanyalah pelawak, tapi amal baik yang dilakukan ketika hidup, dia tidak mahu menghebahkannya kerana dia tahu bahawa biar Allah sahaja yang tahu apa kebaikan yang dia lakukan. Hasilnya, bila dia dah mati, Allah buka kisah amal baiknya itu untuk kita jadikan iktibar.

Jadi lah insan yang ikhlas beramal

Akhir kata tadi, aku katakan :
Jadilah insan yang ikhlas beramal kerana Allah, jagalah aib, jangan buka aib orang lain, agar bila kita dah mati nanti, orang tak buka aib kita, dan janganlah buka aib diri sendiri, moga Allah tutup aib kita di Mahsyar nanti.

Terima kerana menghiburkan kami

Kisah Pak Yus Dimuatkan Dalam Kuliah Maghrib

Rahimahullah Pak Yus, Allahumma ghfir lahu warhamhu waaafihi wafuanhu.

Kami sentiasa mendoakanmu wahai insan yang telah banyak buat kami terhibur dan tersenyum. Moga amal kebaikanmu, kesakitan mu sebelum mati itu akan menjadi penyebab untuk kau tergolong di kalangan ahli syurga. Amiin.

(Sunnah bila ada kematian, kita kata Inna Lillahi wa inna ilahi roji3uun. Dan kita mendoakan dia Allahhumma ghfirlahu warhamhu wa3aafihi wa3fu3anhu.. Bila kita nak kata nama si mati boleh juga kita kata Rahimahullah sebelum nama si mati, contoh : Rahimahullah Pak Yus, moga Allah kurniakan Pak Yus syurgaNya.)

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.