PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Dengan dukacitanya dimaklumkan bahawa YAM Tunku Abdul Jalil ibni Sultan Ibrahim, Tunku Laksamana Johor telah mangkat pada jam 7.11pm tadi(5hb.Dis) di hospital Sultanah Aminah. Jenazah akan dikebumikan di Makam Diraja Mahmodiah selepas waktu zohor esok.

Sultan Johor Cerita Sendiri Penyakit Tunku Jalil

Laporan Awal:

Laporan bahawa anakanda kelima Sultan Johor, yang juga dikenali sebagai Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim mangkat petang tadi tidak tepat.

Namun menurut sumber baginda berada dalam keadaan kritikal dan sedang diawasi rapi oleh doktor pakar.

Baginda dipercayai mengidap sakit kanser hati sejak setahun lalu dan telah menjalani pembedahan awal tahun ini.

Berikut ialah sebahagian latar belakang sakit Tengku Jalil yang dimaklumkan sendiri oleh Tuanku Sultan Johor dalam wawancara dengan The Star Mac lalu.

S: Secara peribadi, saya dimaklumkan tentang spekulasi berhubung tahap kesihatan anakanda kelima Tuanku, Tunku Abdul Jalil ibni Sultan Ibrahim, yang juga dikenali sebagai Tunku Laksamana Johor. Boleh Tuanku memberi komen terutamanya berkenaan pemindahan hati yang dilakukan Tunku Jalil?

J: Anakanda Beta berada dalam keadaan baik dan sihat selepas menjalani pembedahan dan syukur kepada Allah. Lima tahun lagi akan menjadi tempoh penting buat Tunku Jalil kerana anakanda perlu mengamalkan corak pemakanan dan gaya hidup yang baik.

Beta bersyukur kerana Tunku Jalil masih hidup dan itu menjadi satu sebab Beta mengeluarkan belanja sebanyak RM10 juta bagi menubuhkan Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor bagi mengumpul dana untuk membantu pesakit kanser yang tidak mampu mendapatkan rawatan yang mahal.

Tunku Jalil sangat bertuah kerana menjadi anakanda Beta. Beta faham tentang penderitaan mengalami kanser tahap empat. Malah anakanda Beta juga tidak percaya berjaya meneruskan hidup, begitu juga dengan Beta. Beta mahu yayasan ini menjadi pemangkin supaya pihak lain boleh menghulurkan derma melalui yayasan ini.

Kami hanya mengetahui tentang kanser tersebut pada tahun lalu selepas Tunku Jalil mengadu tentang sakit bahu dan hanya dirawat di Hospital Besar tempatan yang hanya memberikan anakanda ubat tahan sakit dan pil tidur.

Kami menyedari sesuatu tidak kena dengan sakit yang dialami Tunku Jalil ketika bercuti di London. Selepas berbincang dengan pakar bedah dari Singapura, kami memutuskan untuk menghantar Tunku Jalil ke Guangzhou, China bagi menjalani pembedahan organ.

Beta berasa berterima kasih kerana prosedur tersebut berjalan lancar dan dijaga dengan baik ketika di China. Pihak perubatan di China juga berbesar hati untuk membantu anakanda Beta sehingga sanggup menghantar dua doktor ke Singapura bagi berbincang dengan pakar bedah di Singapura. Malah mereka menyediakan doktor dan jururawat yang boleh berbahasa Inggeris bagi memudahkan komunikasi.

Beta juga merakamkan rasa terima kasih dan rasa terharu apabila dimaklumkan beribu-ribu rakyat, tidak kira agama dan bangsa sama-sama berdoa demi kesihatan anakanda dan keluarga Beta. Ternyata berkata doa rakyat ini membantu Tunku Jalil.

Kisah Penyakit Tunku Abdul Jalil yang Diceritakan Sendiri Oleh Sultan Johor

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.