PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Lizzie Velasquez, 24, didiagnosis menghidap sindrom yang jarang berlaku, neonatal progeroid atau penuaan awal yang membuat tubuhnya tidak boleh menyimpan lemak. Tidak kira berapa banyak dia makan, berat badan Lizzie tidak boleh bertambah dan hal tersebut membuatnya kekurangan gizi.

Akibatnya, Lizzie kelihatan begitu kurus. Dia kelihatan bagai tulang berbungkus kulit. Lizzie pun kehilangan salah satu penglihatannya. Mata kanannya kini buta.

Tetapi, gadis berusia 24 tahun tersebut tidak putus asa. Dia malah menjadi sumber inspirasi dunia dalam mengenal erti kecantikan.

Malangnya, perjuangan Lizzie untuk merasa dirinya cantik adalah sesuatu yang sangat sukar. Sejak kecil, akibat keadaannya, gadis yang berasal dari Texas, Amerika Syarikat, tersebut sudah menjadi mangsa buli. Di sekolah menengah, Lizzie menemui sebuah video mengenai dirinya di YouTube dengan tajuk "â World S Ugliest womanâ" atau wanita terhodoh di dunia. Video itu meraih berjuta-juta penonton.

Lizzie mengaku pernah kemurungan. Tapi, jesteru di dalam sudut hatinya itu, dia memutuskan untuk bangkit dan tidak menyerah kalah akibat ejekan dan cemuhan yang ditujukan terhadapnya.

Inspirasi Dari Kisah Wanita Paling Hodoh di Dunia
Lizzie Velasquez: Dulu kerap dibuli, kini jadi motivasi

Berkat bantuan keluarga serta rakan terdekat,  Lizzie mendapat kekuatan untuk bangun dan terus berusaha memotivasikan dirinya. Dia juga menyelidik pelbagai hal mengenai penyakit yang dia deritai dan cara mengatasinya. Dia berjumpa dengan banyak doktor dan pakar kesihatan, hingga akhirnya Lizzie boleh menerima dirinya sendiri dan tampil percaya diri dengan apa adanya.

Lizzie kini merupakan salah seorang motivasi paling popular di AS. Dia tampil di pelbagai konvensyen juga acara televisyen dan bercakap mengenai definisi sebenarnya dari kata Cantik.

Cantik adalah ketika kita boleh menerima diri kita apa adanya. Saat itulah kita boleh melihat diri kita yang paling cantik, kata Lizzie.

Selain itu, Lizzie juga mengingatkan bahawa cantik bukanlah apa yang dilihat di televisyen atau media massa lain. Cantik bukanlah standard yang ditetapkan orang lain, seperti kulit putih, rambut panjang atau tubuh langsing. Cantik adalah diri kita sendiri kerana kita memutuskan untuk cantik, ujarnya.

Hal lain yang ditetapkan Lizzie adalah menjadi bahagia dengan diri sendiri dan apa yang dimiliki. Pada dasarnya, jika kita bahagia, maka secara automatik kita akan kelihatan jauh lebih menarik, ucapnya.

Lizzie pun memberi tips untuk menghadapi para pelaku buli. Dia memandang ejekan dan cemuhan mengenai tubuhnya dengan humor. Mereka boleh saja mengejek saya, tapi ejekan itu tidak akan membuat saya sedih dan terperuk kerana itu yang mereka inginkan, kata Lizzie. Cara untuk menutup mulut para buli adalah dengan menjadi bahagia, ujarnya.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.