PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Kementerian Kesihatan memutuskan untuk mengenakan caj bagi tempat letak kereta hospital di zon tengah Semenanjung bagi mengelak salah guna kawasan parkir, Dewan Rakyat diberitahu hari ini. 

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, berkata langkah ini adalah untuk mengelak mereka yang tidak mempunyai urusan di hospital daripada menggunakan tempat parkir di hospital memetik Bernama.

Inilah punca tempat letak kereta hospital dicaj
Kementerian Kesihatan putuskan tempat letak kereta hospital akan dikenakan caj untuk elak salahguna

Beliau berkata, kementerian sedang menawarkan tender terbuka bagi syarikat yang ingin menguruskan tapak parkir di hospital secara sementara dengan kadar yang ditetapkan kementerian. “Kadar tempat letak kereta akan kita tetapkan dan penender yang ingin libatkan diri kena ikut kadar yang telah ditetapkan,” katanya.

Beliau menjawab soalan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad (BN-Kuala Kangsar) yang mempersoalkan penyalahgunaan kemudahan tempat letak kereta di hospital oleh orang awam yang tidak mempunyai urusan di hospital. Dr Hilmi juga berkata, kementerian itu juga sedang berurusan untuk mengeluarkan tender bagi menambah bilangan parkir tambahan di semua hospital di seluruh negara.

Terdahulu, semasa menjawab soalan Julian Tan Kok Ping (DAP-Stampin) yang bertanyakan mengenai Hospital Umum Sarawak (HUS), beliau berkata kementerian sedang dalam perancangan untuk membina blok jagaan harian, blok patologi dan tempat letak kereta bertingkat yang bakal dilaksanakan secara kerjasama pihak awam dan swasta.

“Pembinaan blok jagaan harian akan melibatkan tujuh dewan pembedahan, empat bilik endoskopi serta kemudahan wad yang diperlukan untuk memberi rawatan harian,” katanya. Dr Hilmi berkata, blok tempat letak kereta bertingkat pula bakal memuatkan 1,750 lot yang turut melibatkan pembinaan kemudahan medihotel dengan kapasiti 160 bilik. Katanya, projek pembinaan tempat letak kereta akan melibatkan kos RM351 juta.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.