PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Pihak polis telah selesai menyiasat bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berhubung kenyataan kontroversi beliau mengenai isu al-Quran dibakar oleh komuniti Cina Kuala Kedah.

Melalui kenyataan bertulis Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan bahawa perkara itu juga sudah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

”Pihak polis memandang serius perkara yang ditakrifkan sebagai menghasut terutamanya yang melibatkan sensitiviti perkauman dan agama tanpa mengira kedudukan seseorang yang mengeluarkan pernyataan tersebut memetik Sinar Harian.

Susulan kes Al-Quran dibakar komuniti Cina Kuala Kedah
Kontroversi Al-Quran dibakar komuniti Cina Kuala Kedah: Polis selesai siasat kes Dr Mashitah

“Berhubung dengan kenyataan dikeluarkan Datuk Dr Mashitah ibrahim yang menyatakan komuniti Cina di Kuala Kedah telah membakar al-Quran, pelbagai pihak tampil membantah dan siasatan telah dijalankan dibawah report 20032/2015 bertarikh 5  Disember 2014 di bawah seksyen 505 (b) Kanun keseksaan iaitu kesalahan yang melibatkan kenyataan, yang mendatangkan khianat awan siasatan telah lengkap dan telah dirujuk ke Pejabat Peguam Negara pada 5 Februari 2015 dan menunggu arahan selanjutnya,” ‎katanya hari ini.

Kenyataan itu bagi menjawab pertanyaan Gooi Hsiao Leung (PKR-Alor Setar) yang bertanyakan perihal apakah hasil hiasatan terhadap Mashitah, dan tindakan yang telah diambil.

Terdahulu, Mashitah dalam Perhimpunan Agung Umno 2014 telah mengeluarkan kenyataan bahawa komuniti Cina di Kuala Kedah telah membakar al-Quran bagi upacara keagamaan sehingga menimbulkan kontroversi.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.