PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Tersebar luas di media sosial beberapa keping gambar individu di dalam sebuah majlis ‘baby shower’ yang menggunakan lampin pakai buang(pampers) sebagai ganti pinggan. 

Gambar tersebut mendapat kritikan teruk dari pengguna media sosial di Malaysia di mana mereka mengatakan mereka yang terlibat di dalam majlis ini mengamalkan gaya hidup hipster yang keterlaluan.

Makan Guna Pampers Ganti Pinggan, Wanita Ini Dikecam

Gambar yang dimuatnaik di Instagram dengan tulisan “No plates today! Fine dining in nappies at @a*****ann’s baby shower,”. Dalam gambar itu kelihatan seperti pavlova dipotong dan diletakan di dalam pampers pengganti pinggan dan di makan, gelinya!

Gambar tersebut kemudiannya viral dan mendapat komen yang berbentuk “hentaman” dari pengguna media sosial yang lain.

Kontroversi Vivy Yusof Makan Pakai Pampers Ganti Pinggan

Kontroversi Vivy Yusof Makan Pakai Pampers Ganti Pinggan

Kontroversi Vivy Yusof Makan Pakai Pampers Ganti Pinggan

Tidakan Vivy Yusof memuatnaik gambar itu adalah keterlaluan dan tidak dapat diterima oleh ramai rakyat Malaysia. Setelah mendapat kritikan ramai, gambar tersebut didapati telah dipadam dari akaun instagram milik Vivy Yusof.

Siapakah Vivy Yusof?

Berikut adalah sedikit info mengenai Vivy Yusof:

NAMA: Vivy Sofinas Yusof
JAWATAN: Pengarah Urusan FashionValet.net
UMUR: 28 tahun
LAHIR: 11 Disember 1987
HOBI: Menulis blog, melancong
PENDIDIKAN: Ijazah Undang-undang, School of Economic, United Kingdom
CITA-CITA ASAL: Ahli perniagaan
MAKANAN KEGEMARAN: Daging panggang
IMPIAN: Membuka syarikat berasaskan hartanah
AKAUN INSTAGRAM: https://www.instagram.com/vivyyusof/

(Baca: Makan Guna Pampers Ganti Pinggan, Baca Tulisan Terbaik Lelaki Ini)

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.