PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Bekas Menteri Perundangan, Dato’ Zaid menerusi satu video yang dimuat naik oleh Free Malaysia Today berkata sesetengah mufti tidak faham dengan konsep khalwat.

“Khalwat bukan rukun Islam.

“Khalwat adalah satu kesalahan yang dicipta melalui undang-undang, kita boleh komen lah.

“Masalahnya setengah-setengah mufti tidak faham khalwat ni bukan zina.

"Mufti tak faham konsep khalwat" - Zaid Ibrahim

“Zina tu dah ada peruntukan dia. Jadi apa perlu khalwat?”, kata beliau.

Selain itu, beliau juga turut mempersoalkan mengapa orang-orang miskin yang ditangkap kerana khalwat tetapi tidak orang-orang elit.

“Yang kena tangkap tu orang-orang miskin dekat motel je, budak-budak muda.

“Orang-orang elit atas tu dekat hotel besar tak pernah kena tangkap pun”, katanya.

Sebelum ini, kenyataan dari kumpulan bekas penjawat awam yang mempertikaikan kesalahan khalwat menimbulkan kemarahan ramai.

Kumpulan tersebut berkata hukuman terhadap pesalah khalwat adalah dosa peribadi antara pelaku dan Allah keculia jika dilakukan di kawasan awam.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.