PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Sama seperti pengguna di seluruh dunia, rakyat India juga gemar membeli belah di Internet tetapi ada satu produk yang dilaporkan sangat laris jualannya di negara itu.

Beberapa syarikat jualan dalam talian di India memberitahu, kek najis lembu adalah antara produk paling popular di Internet.

Kek najis lembu dapat sambutan luar biasa
SEORANG wanita membuat ‘kek’ najis lembu di sebuah kampung di India.

Najis lembu digaul dengan rumput kering sebelum dijemur dihasilkan di kawasan pedalaman dan biasanya dijadikan bahan bakar.

Sejak ratusan tahun, kek najis lembu digunakan penduduk kampung di India untuk memanaskan rumah dan dalam upacara keagamaan.

Kini syarikat jualan dalam talian termasuk Amazon dan eBay mula menjual ‘kek’ najis lembu itu untuk penduduk di kawasan bandar.

Apa yang menarik, menurut syarikat berkenaan, sejak kek najis lembu mula dijual di Internet beberapa bulan lalu, produk berkenaan mendapat sambutan yang luar biasa.

“Kek najis lembu disenaraikan beberapa penjual kami sejak Oktober lalu dan ia mendapat sambutan hangat pembeli,” kata jurucakap Amazon India, Madhavi Kochar. – Agensi

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.