PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Selepas 44 tahun menghabiskan kehidupan di penjara, seorang banduan, Otis Johnson, 69, bingung dengan perubahan dunia yang dikenalinya dahulu kepada satu dunia moden.

Lihat bagaimana reaksi lelaki yang dipenjara 44 tahun melihat dunia moden
Selepas 44 tahun dipenjara, lelaki terkejut lihat dunia moden

Johnson dipenjarakan pada 1975 pada umur 25 diatas kesalahan mengasari dan cubaan membunuh seorang pegawai polis.

Menerusi wawancara oleh Al-Jazeera, Johnson melahirkan rasa bingungnya dengan dunia moden sekarang yang dikatakan sangat berbeza dengan dunia yang dia kenal sebelum ini.

Lelaki terkejut melihat dunia moden selepas dipenjara selama 44 tahun

Antara yang dinyatakan oleh Johnson adalah, dia terkejut dengan tabiat masyarakat yang dilihat seolah-olah bercakap dengan diri mereka sendiri.

“Saya lihat kebanyakan orang bercakap dengan diri mereka sendiri. Apabila saya teliti, mereka sepertinya mempunyai benda di dalam telinga mereka. Saya tidak apa benda itu. Telefon, iPhone, itu yang mereka sebut-sebut.

“Selepas itu minda saya berkata : Apa? semua orang sudah jadi ejen CIA atau ejen rahsia? Kerana itu yang saya tefikir apabila seseorang berjalan dengan wayar di telinga.. itu yang mereka (ejen) pakai pada 60 – 70an dimana saya masih bebas.

“Saya masih lagi cuba memikirkan bagaimana mereka berupaya berbuat demikian, mengawal diri mereka untuk berjalan dan bercakap di telefon tanpa melihat ke mana mereka pergi.

“Ianya perkara yang menakjubkan buat saya”, kata Johnson.

Lelaki terkejut melihat dunia moden selepas dipenjara selama 44 tahun

Selain itu, Johnson juga berkata dia terkejut dengan harga yang dikenakan untuk menggunakan telefon awam. Menurut Johnson pada zamannya harga untuk menggunakan telefon awam cuma $0.25 jika dibandingkan dengan harga sekarang; $1.00; untuk panggilan selama empat minit.

Lelaki terkejut melihat dunia moden selepas dipenjara selama 44 tahun

Walaubagaimanapun, Johnson kemudiannya sedar orang ramai kini sudah tidak menggunakan telefon awam lagi.

Johnson kini menumpang di rumah perlindungan yang disediakan oleh Fortune Society dimana sebelum jam 9 malam, dia harus pulang untuk bermalam di situ.

Di siang hari, Johnson menghabiskan masanya dengan bertakafur, menghadiri kelas agama atau bersenam.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.